Malaysia-Brunei komited tingkat kerjasama dua hala

PUTRAJAYA – Hubungan dua hala Malaysia dan Brunei berada di berada di tahap terbaik dan akan terus diperkukuhkan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, lawatan rasmi Putera Mahkota Brunei Pengiran Muda Mahkota Al-Muhtadee Billah Sultan Hassanal Bolkiah ke Malaysia disifatkan sebagai isyarat penting kepada negara bahawa kerajaan Brunei komited meningkatkan kerjasama dua hala.

“Kunjungan hormat bersama-sama delegasi kedua-dua negara ini memberikan isyarat penting bahawa hubungan erat serta kerjasama dua hala Malaysia dan Brunei berada di tingkat tertinggi dan akan terus diperkukuh.

“Kami berbicara panjang terkait usaha meningkatkan kerjasama Malaysia-Brunei dalam pelbagai bidang, khususnya perdagangan dan pelaburan, pertahanan, pendidikan serta hal ehwal sempadan,” katanya di Facebook pada Ahad.

Menurut Anwar, antara lain yang dibincangkan dalam pertemuan itu, termasuk meneroka potensi mengukuhkan kerjasama dalam pelbagai industri termasuk teknologi digital dan latihan, selain ruang untuk bersama-sama memperkasa hal ehwal syariah dan bahasa Melayu.

Selain itu, beliau turut menzahirkan penghargaan atas perkenan Putera Mahkota Brunei dan isteri mengadakan kunjungan hormat dan lawatan rasmi ke Malaysia.

“Hal ini sekali gus membuka ruang untuk membina persahabatan yang lebih utuh demi kesejahteraan rakyat kedua-dua negara,” katanya.

Keberangkatan tiba baginda bersama isteri, Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah tiba di Seri Perdana pada 11.25 pagi disambut Anwar dan isteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Turut hadir Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan dan Timbalan Menteri Belia dan Sukan Adam Adli Abd Halim.

Baginda dalam lawatan rasmi lima hari ke Malaysia bermula 17 hingga 21 Ogos ini.

Brunei merupakan rakan dagangan keenam terbesar Malaysia dalam kalangan negara anggota Asean pada 2023, dengan jumlah dagangan sebanyak AS$2.04 bilion (RM9.31 bilion).

Related Posts

Reformasi Tabung Haji buahkan hasil, pendapatan pelaburan cecah RM4.64 bilion

KUALA LUMPUR — Tabung Haji (TH) kekal kukuh dengan jumlah aset RM98.58 bilion berbanding liabiliti RM95.63 bilion, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan. Beliau…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Belanjawan 2027: MMA mahu penghijrahan doktor sektor awam ditangani

PUTRAJAYA – Terdapat keperluan untuk Kerajaan Persekutuan mengambil langkah konkrit dan holistik yang boleh dilaksanakan menerusi Belanjawan 2027 bagi menangani penghijrahan doktor daripada sistem kesihatan awam yang semakin membimbangkan. Presiden…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sarawak lancar keteq.GaN, cip semikonduktor kuasa pertama reka bentuk tempatan

Sarawak lancar keteq.GaN, cip semikonduktor kuasa pertama reka bentuk tempatan

Sarawak perlukan lebih ramai wanita berani memimpin – Fatimah

Sarawak perlukan lebih ramai wanita berani memimpin – Fatimah

Jangan politikkan isu sekolah selamat

Jangan politikkan isu sekolah selamat

Projek ‘sakit’ PUSPEN Karak siap lepas ditegur PM

Projek ‘sakit’ PUSPEN Karak siap lepas ditegur PM

Lebih 130,000 penagih dadah direkod hingga Jun

Lebih 130,000 penagih dadah direkod hingga Jun

Terima kabel curian, pusat barang lusuh boleh didakwa – Menteri KPKT

Terima kabel curian, pusat barang lusuh boleh didakwa – Menteri KPKT