Selamat memilih warga Nenggiri!

SETELAH melalui fasa berkempen kira-kira dua minggu, hari ini 20,259 pengundi akan membuat pilihan mereka di pada Pilihan Raya Kecil (PRK) di Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri, Gua Musang, Kelantan.

Penulis yang dua kali ke kawasan itu – pertama, ketika menyorot Pelancaran Jentera Pilihan Raya Barisan Nasional pada 29 Julai lalu; kedua, beberapa hari baru-baru ini, berpeluang melihat sebahagian hiruk-pikuk masyarakat di situ.

Hasilnya, banyak perkara telah saya dan rakan-rakan perkatakan mengenai situasi kini dan keperluan pengundi membuat perubahan demi menjamin masa depan yang lebih baik, terutama hal yang melibatkan keperluan yang sangat asas.

Rasa-rasanya, tidak perlu diulang lagi hujah dan fakta tersebut kerana semua pihak sudah pun sedia maklum; lagi pula mereka yang akan menanggungnya nanti jika silap membuat pilihan.

Kepada golongan muda, khususnya yang baru pertama kali memasuki gelanggang dan menuju peti undi hari ini, ingatlah bahawa setiap undi anda akan menentukan arah dan nasib anda nanti.

Tidak perlu anda taasub kepada ‘pemancingan undi berasaskan pelabelan agama’ kerana kedua-dua calon itu seagama, sebangsa, senegeri, bahkan datang dari situasi serta persekitaran yang sama.

Pilihlah calon yang mampu membawa aspirasi negara yang mengutamakan rakyat dengan kebijaksanaan cara bertindak; sukar pada permulaannya namun baik untuk jangka masa panjang.

Jangan terkeliru dengan taktik lapuk pihak yang lagi satu; yang sentiasa menimbulkan naratif kebencian dan riak perpecahan.

Kita tidak mampu ke mana-mana dengan percikan api kebencian, permusuhan, serta perkauman kerana kita ini negara berbolang bangsa.

Selamat memilih, warga Nenggiri!

Related Posts

Fakta menolak persepsi: Lonjakan daya saing global

​LAPORAN terbaharu pada Jun 2026 mengesahkan Malaysia melonjak hebat 8 anak tangga ke kedudukan ke-15 dalam Indeks Daya Saing Global (IMD). Sebuah bukti nyata, bukan sekadar persepsi atau propaganda semata-mata.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pembekalan baja kepada MADA dilaksana ikut jadual – NAFAS

Pembekalan baja kepada MADA dilaksana ikut jadual – NAFAS

Sindiket seleweng LPG dalam ladang kelapa sawit tumpas

Sindiket seleweng LPG dalam ladang kelapa sawit tumpas

Hospital Bukit Mertajam tersenarai 250 terbaik dunia – PM

Hospital Bukit Mertajam tersenarai 250 terbaik dunia – PM

RM958 juta lesap akibat penipuan dalam talian setakat Jun – Fahmi

RM958 juta lesap akibat penipuan dalam talian setakat Jun – Fahmi

Kestabilan politik perlu dipelihara demi keyakinan pelabur – Anwar

Kestabilan politik perlu dipelihara demi keyakinan pelabur – Anwar

Pertahanan negara perlukan tambahan peruntukan hingga berbilion ringgit – Anwar

Pertahanan negara perlukan tambahan peruntukan hingga berbilion ringgit – Anwar