PRK Nenggiri: Dua peti undi telah dibawa ke perkampungan Orang Asli

GUA MUSANG – Dua beg kuning peti undi telah diterbangkan ke perkampungan Orang Asli di Pos Simpor dan Pos Gob dengan menggunakan dua helikopter, bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Nenggiri yang akan berlangsung esok.

Dua helikopter jenis Robinson R44 dan Airbus AS355N telah diterbangkan pada jam 10 pagi tadi dari Padang Perdana, dan dijangka mengambil masa 30 minit untuk ke lokasi berkenaan.

Dua pos berkenaan membabitkan keseluruhan 999 pengundi masing-masing 456 pengundi di Pos Gob dan 543 pengundi di Pos Simpor.

Pegawai Pengurus Pilihan Raya PRK DUN Nenggiri, Nik Raisnan Daud berkata, peti undi dua pos berkenaan dihantar menggunakan dua helikopter jam 10 pagi tadi.

“Umum tahu perjalanan darat untuk ke pos berkenaan mengambil masa yang menyebabkan kita menghantar menggunakan dua helikopter.

“Peti undi terbabit akan dihantar di Dewan Orang Ramai dan Pusat Pendidikan Komuniti Pos Gob.

“Bagi peti undi di PDM lain iaitu Pos Tohoi, Kuala Sungai, Sungai Jenera, Sungai Wias, Sungai Puian dihantar menggunakan pacuan empat roda hari ini,” katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Beliau berkata, proses pengundian di pos Orang Asli tamat jam 2 dan 3 petang sebelum pengiraan dibuat dan kertas undi dibawa ke pusat penjumlahan.

Related Posts

Pusat Khidmat Parlimen Miri sumbang cermin mata percuma kepada pelajar sekolah

MIRI – Seramai 155 pelajar daripada tiga buah sekolah menerima cermin mata secara percuma menerusi inisiatif Pusat Khidmat Parlimen Miri dengan kerjasama badan bukan kerajaan (NGO) dan syarikat Des Optics.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kerajaan Sabah terus perjuangan tuntut 40 peratus hak negeri

KUNAK – Tuntutan bayaran 40 peratus hasil bersih hak Sabah dan isu yang masih belum diselesaikan di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) terus diperjuangkan oleh Kerajaan Sabah. Ketua Menteri Sabah,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pusat Khidmat Parlimen Miri sumbang cermin mata percuma kepada pelajar sekolah

Pusat Khidmat Parlimen Miri sumbang cermin mata percuma kepada pelajar sekolah

Kerajaan Sabah terus perjuangan tuntut 40 peratus hak negeri

  • By Fatin
  • September 8, 2026
Kerajaan Sabah terus perjuangan tuntut 40 peratus hak negeri

Layakkah Pas digelar parti ‘syurga’?

Layakkah Pas digelar parti ‘syurga’?

Lima prinsip asas perlu jadi pegangan ahli politik

Lima prinsip asas perlu jadi pegangan ahli politik

Kolej Komuniti Mas Gading meterai surat niat kerjasama dengan Plaza Merdeka

Kolej Komuniti Mas Gading meterai surat niat kerjasama dengan Plaza Merdeka

Bacaan indeks pencemaran udara di Sarawak catat tahap berbahaya pada pagi ini

Bacaan indeks pencemaran udara di Sarawak catat tahap berbahaya pada pagi ini