Hannah mohon maaf kepada rakyat Malaysia

PUTRAJAYA – “Saya minta maaf kepada rakyat Malaysia,” kata Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh selepas kontinjen Malaysia tidak berhasil membawa pulang emas pertama negara Sukan Olimpik Paris 2024.

Menerusi hantaran di Facebook, Hannah berkata, meskipun misi itu tidak berjaya, namun terdapat peningkatan prestasi kontinjen semasa temasya berlangsung.

“Bagi pihak kontinjen Malaysia, saya ingin memohon maaf kepada semua rakyat Malaysia kerana kami masih belum berjaya membawa pulang pingat Emas yang pertama untuk negara. Seperti yang diumumkan, Projek Road to Gold (RTG) adalah program untuk dua kitaran Sukan Olimpik iaitu Paris 2024 dan Los Angeles 2028.

“Apa yang kita lihat kali ini, terdapat peningkatan dalam atlet-atlet RTG dan saya ingin memaklumkan beberapa pemerhatian.

“Tiga atlet berjaya memecahkan rekod kebangsaan iaitu Datuk Azizulhasni Awang, Nurul Izzah Izzati Mohd Asri dan Aniq Kasdan manakala Muhammad Shah Firdaus Sahrom dan Syaqiera Mashayikh mencatatkan rekod peribadi terbaik,” katanya di Facebook pada Selasa.

Dalam pada itu, Hannah berkata, jawatankuasa RTG akan bermesyuarat dan mendapatkan laporan teknikal daripada setiap pasukan berserta akaun yang akan diaudit dan saya akan bentang di Parlimen.

“Kami sedang menyediakan akaun yang akan diaudit dan dibentangkan di Parlimen.

“Kami akan menjawab isu akaun, kami sudah menggunakan dana dengan telus. Semua permintaan dan perkhidmatan tambahan daripada pihak berkepentingan, iaitu jurulatih dan atlet kami sudah sampaikan sebelum mereka berangkat ke Paris,” katanya.

Ujarnya lagi, Jawatankuasa RTG akan menyokong keputusan Azizul untuk terus berjuang selagi beliau merasakan mampu untuk melakukannya.

Beliau turut meminta agar rakyat Malaysia memberi Azizul masa untuk rehat dan meluangkan masa serta berbincang dengan keluarganya terlebih dahulu.

Related Posts

Akta e-dagang baharu perlu disegerakan demi lindungi peniaga tempatan – Fuziah

KUALA LUMPUR – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) mahu proses menggubal akta e-dagang baharu dipercepatkan bagi memperkukuh perlindungan pengguna dan memastikan peniaga tempatan berdepan persaingan yang…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Dapatan RCI Tabung Haji: Jangan kelirukan rakyat

BILA bercakap tentang RCI Tabung Haji, jangan kita berhenti pada alasan bahawa PwC dan Jabatan Audit Negara menggunakan metodologi perakaunan berbeza. Itu bukan persoalan utama. Persoalan sebenarnya ialah, jika kaedahnya…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Akta e-dagang baharu perlu disegerakan demi lindungi peniaga tempatan – Fuziah

Akta e-dagang baharu perlu disegerakan demi lindungi peniaga tempatan – Fuziah

Dapatan RCI Tabung Haji: Jangan kelirukan rakyat

Dapatan RCI Tabung Haji: Jangan kelirukan rakyat

10 pengunjung terjejas, Sunway Lagoon tampil beri penjelasan

10 pengunjung terjejas, Sunway Lagoon tampil beri penjelasan

Jangan politikkan Tabung Haji tetapi siapa pula menubuhkan RCI? – Mahfuz

Jangan politikkan Tabung Haji tetapi siapa pula menubuhkan RCI? – Mahfuz

Lima lelaki ditahan, hampir 200kg daun ketum dirampas

Lima lelaki ditahan, hampir 200kg daun ketum dirampas

Lelaki hilang cari lembu dalam Hutan Simpan Sementah ditemukan selamat

Lelaki hilang cari lembu dalam Hutan Simpan Sementah ditemukan selamat