Anwar harap Maimunah guna pengalaman perbaiki kehidupan warga kota

KUALA LUMPUR – Datuk Bandar Kuala Lumpur yang baharu dilantik Datuk Seri TPr Dr Maimunah Mohd Sharif diharap menggunakan pengalaman hebatnya untuk memperbaiki kehidupan warga Kuala Lumpur.

Beliau yang menjadi wanita pertama menjawat jawatan itu juga diharap mengangkat imej dan martabat Kuala Lumpur ke peringkat lebih tinggi.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim percaya, Maimunah adalah individu layak menggalas amanah mengemudi Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Ini berdasarkan pengalaman selama hampir empat dekad dalam perancangan bandar dan pembangunan komuniti ketika mengetuai pelbagai institusi sama ada di dalam mahupun luar negara.

“Ini termasuk pengalamannya sebagai Datuk Bandar Majlis Bandaraya Pulau Pinang dan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Seberang Perai, serta pernah menjadi Presiden Persatuan Pihak Berkuasa Tempatan Malaysia (MALA).

“Lebih membanggakan, beliau juga pernah dilantik sebagai Pengarah Eksekutif Persidangan Program Penempatan Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UN-Habitat) yang berpusat di Nairobi, Kenya, satu-satunya wanita Asia yang memegang jawatan ini.

“Moga pengalaman hebat dimiliki ini akan digunakan untuk memperbaiki taraf kehidupan warga Kuala Lumpur serta mengangkat imej, reputasi dan martabat bandaraya ini ke peringkat lebih tinggi, Insya-Allah,” kata Perdana Menteri penuh harapan.

Anwar hari ini menyerahkan surat pelantikan kepada Maimunah yang bakal menjalankan tugas sebagai Datuk Bandar Kuala Lumpur yang baharu bermula esok.

Related Posts

Saifuddin nafi KDN beri kewarganegaraan ‘secara borong’ kepada warga asing

KUALA LUMPUR – Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, sekali lagi menafikan dakwaan kononnya Kementerian Dalam Negeri (KDN) memberikan kewarganegaraan secara borong kepada warga asing. Beliau berkata, dakwaan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kerajaan peruntuk RM412 juta perkasa masyarakat Orang Asli

ROMPIN – Kerajaan terus mengiktiraf peranan dan suara masyarakat Orang Asli dalam pembangunan negara, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Beliau berkata, langkah itu dilaksanakan menerusi…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kanak-kanak 12 tahun antara tiga sekeluarga maut dirempuh lori Imigresen

Kanak-kanak 12 tahun antara tiga sekeluarga maut dirempuh lori Imigresen

JENDELA 2 perlu sedia perkhidmatan internet berkualiti, stabil – James Ratib

  • By Ithma
  • August 19, 2026
JENDELA 2 perlu sedia perkhidmatan internet berkualiti, stabil – James Ratib

MBSJ pasang lebih 200 CCTV Sistem Parkir Pintar

MBSJ pasang lebih 200 CCTV Sistem Parkir Pintar

Saifuddin nafi KDN beri kewarganegaraan ‘secara borong’ kepada warga asing

Saifuddin nafi KDN beri kewarganegaraan ‘secara borong’ kepada warga asing

KPDN Tawau rampas barang kawalan termasuk kenderaan bernilai lebih RM104,000

  • By Fatin