Melaka agih 82,000 Jalur Gemilang, semarakkan sambutan Bulan Kebangsaan

ALOR GAJAH – Kerajaan Melaka mengagihkan kira-kira 82,000 Jalur Gemilang ke seluruh negeri itu bagi menyemarakkan Kempen Kibar Jalur Gemilang sempena sambutan Bulan Kebangsaan kali ini.

Exco Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital negeri, Datuk Fairul Nizam Roslan berkata, Jalur Gemilang tersebut diagihkan ke 28 Dewan Undangan Negeri (DUN) menerusi Pejabat Jawatankuasa Pembangunan dan Penyelarasan Dewan Undangan Negeri (Japerun).

“Saya anggarkan kira-kira 3,000 Jalur Gemilang diedarkan di setiap DUN sebelum diagih-agihkan kepada penduduk setempat.

“Justeru saya menyeru agar orang ramai untuk turut terlibat dalam kempen ini bagi menyemarakkan lagi sambutan Bulan Kebangsaan kali ini,“ katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2024 peringkat negeri Melaka di Dataran Keris di sini pada Isnin.

Mengulas mengenai Program Madani Rakyat 2024 Zon Selatan dan Setahun Ekonomi Madani yang akan diadakan di Dataran Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Skudai, Johor Bahru dari 15 hingga 17 Ogos ini, beliau berkata, Melaka akan menghantar 250 peserta bagi menyertai program berkenaan.

Katanya, ia bagi membantu kerajaan Persekutuan menyebarluaskan dasar-dasar semasa ke peringkat akar umbi dengan lebih berkesan.

Related Posts

Program JIWA@Komuniti di Saeh perhebat semangat patriotisme dan penyaluran maklumat sahih

NIAH – Program JIWA@Komuniti sempena sambutan Bulan Kebangsaan dan Hari Malaysia 2026 terus menjadi platform strategik bagi memperkukuh hubungan antara agensi kerajaan dan masyarakat, khususnya buat penduduk di sekitar kawasan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Cameron Highlans dilanda banjir kilat, lumpur, pendaki maut
  • AdenAden
  • September 12, 2026

CAMERON HIGHLANDS – Hujan lebat yang melanda Cameron Highlands petang semalam mengakibatkan banjir kilat dan banjir lumpur di beberapa lokasi, selain kejadian tanah runtuh yang menjejaskan laluan di sekitar Tanah…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

UMNO masih rasa ‘abang besar’, walau politik sudah berubah

UMNO masih rasa ‘abang besar’, walau politik sudah berubah

Program JIWA@Komuniti di Saeh perhebat semangat patriotisme dan penyaluran maklumat sahih

Program JIWA@Komuniti di Saeh perhebat semangat patriotisme dan penyaluran maklumat sahih

Cameron Highlans dilanda banjir kilat, lumpur, pendaki maut

  • By Aden
  • September 12, 2026
Cameron Highlans dilanda banjir kilat, lumpur, pendaki maut

‘Slayyy, semoga anak didik belajar dari guru’ – Anwar

‘Slayyy, semoga anak didik belajar dari guru’ – Anwar

MA63 bukan isu wilayah, tetapi sejarah Malaysia

MA63 bukan isu wilayah, tetapi sejarah Malaysia

UUM, Kerajaan Sarawak rintis kerjasama strategik bidang komunikasi

UUM, Kerajaan Sarawak rintis kerjasama strategik bidang komunikasi