Lebih 126 hujan meteor Perseids muncul di ruang angkasa Sarawak

KUCHING – Keadaan cuaca yang tidak begitu baik serta awan tebal pada pagi tadi tidak mematahkan semangat pecinta astronomi daripada Kelab Dark Sky Malaysia untuk turun padang menyaksikan sendiri fenomena angkasa unik dikenali sebagai hujan meteor Perseids.

Menariknya, 126 hujan meteor berjaya disaksikan oleh mereka untuk beberapa jam sahaja.

Menurut Agensi Angkasa Malaysia (MYSA), kemuncak fenomena hujan meteor Perseids dijangka berlaku pada malam 2 Ogos hingga subuh 13 Ogos ini dengan purata 100 meteor per jam.

Rekod pencerapan kadar kemuncak hujan meteor Perseids setakat ini paling banyak ialah 173 meteor sejam pernah dicatatkan oleh saintis astronomi antarabangsa pada 13 Ogos 2009.

Ketika komet ini mengorbit menghampiri matahari, debu komet terbebas yang disebabkan oleh proses pemejalwapan akan berserakan dan membentuk laluan dipenuhi sisa-sisa komet. Sisa-sisa ini akan memasuki atmosfera bumi dan terbakar lalu membentuk jalur bersinar yang panjang.

Menurut sumber, kebiasaannya hujan meteor Perseid aktif dari Julai hingga September. Ia mencapai maksimum pada pertengahan Ogos, biasanya sekitar 12 atau 13 Ogos, bergantung pada tahun.

“Kadar biasa yang dilihat dari lokasi luar bandar berkisar antara 50 sehingga 75 hujan meteor sejam secara maksimum,” kata American Meteor Society, sebuah organisasi yang turut tidak melepaskan peluang menyaksikan keajaiban tersebut.

Berdasarkan kepada rekod dari saintis astronomi antarabangsa, kadar kemuncak hujan meteor Perseids tertinggi adalah pada 13 Ogos 2009 iaitu sebanyak 173 hujan meteor dalam masa sejam.

Rakyat Malaysia berpeluang untuk menyaksikan fenomena ini pada waktu malam bermula dari 17 sehingga 24 Ogos 2024. Sementara itu fenomena kemuncaknya telah pun berlaku semalam sehingga 13 Ogos malam kelak.

Related Posts

Pelaksanaan MA63 terus diperkasa sebagai agenda nasional – Mustapha

KOTA KINABALU – Kerajaan MADANI terus memperkukuh pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) sebagai agenda nasional menerusi rundingan dan kerjasama antara Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Sabah serta Kerajaan Sarawak. Menteri di Jabatan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Lima ditahan ganggu tugas penguat kuasa di Tasek Bera

BERA – Lima individu termasuk empat wanita ditahan kerana bertindak menghalang tugas pihak berkuasa yang menjalankan operasi penguatkuasaan di kawasan Hutan Simpan Pemuliharaan Tasek Bera (Ramsar) di sini, pagi semalam.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pelaksanaan MA63 terus diperkasa sebagai agenda nasional – Mustapha

  • By Ezmie
  • September 16, 2026
Pelaksanaan MA63 terus diperkasa sebagai agenda nasional – Mustapha

Netizen bangga PMX tidak ‘termakan’ soalan provokasi isu Gaza, Israel

Netizen bangga PMX tidak ‘termakan’ soalan provokasi isu Gaza, Israel

PRU16: Demi rakyat atau elak lebih ramai pemimpin UMNO didakwa rasuah?

PRU16: Demi rakyat atau elak lebih ramai pemimpin UMNO didakwa rasuah?

Lima ditahan ganggu tugas penguat kuasa di Tasek Bera

Lima ditahan ganggu tugas penguat kuasa di Tasek Bera

Anwar tegaskan Malaysia tidak jadi laluan kargo sokong operasi ketenteraan Israel

Anwar tegaskan Malaysia tidak jadi laluan kargo sokong operasi ketenteraan Israel

AMK Miri tuntut UMNO bertanggungjawab, tidak normalisasi penghinaan agama

AMK Miri tuntut UMNO bertanggungjawab, tidak normalisasi penghinaan agama