Aktiviti pembukaan hutan punca hidupan liar masuk kampung

GUA MUSANG – Sejak kira-kira setahun lalu, kehidupan penduduk di Kampung Renok Baru, dekat sini, tidak lagi sama seperti sebelumnya.

Mengikut dakwaan penduduk, perubahan itu berlaku selepas aktiviti penerokaan hutan berskala besar bagi tujuan pembukaan ladang di sekitar kampung berkenaan.

Kini penduduk mendakwa kampung mereka menjadi tempat ‘persinggahan’ hidupan liar seperti harimau, gajah dan beruang.

Hal itu bukan hanya mengancam nyawa penduduk, tapi turut mengakibatkan kerugian apabila tanaman diusahakan mereka dirosakkan kumpulan haiwan liar berkenaan.

Difahamkan, Kampung Renok Baru mempunyai lebih 350 penduduk yang kebanyakannya mengusahakan tanaman seperti pisang, kelapa sawit dan menoreh getah untuk menampung kehidupan mereka.

Ada antara penduduk turut mengusahakan ternakan lembu dalam kawasan kampung itu.

Penduduk, Saidi Mohamad, 54, berkata, sepanjang menetap di situ, mereka tidak pernah berdepan ancaman hidupan liar sehinggalah setahun lalu.

“Dahulunya, Kampung Renok Baru aman damai sehinggalah sejak setahun lalu… kawasan ini mula didatangi binatang liar dan mengubah suasana kampung kami.

“Hampir 100 peratus penduduk di sini bekerja sebagai penoreh getah dan penduduk kini takut untuk ke kebun kerana bimbang diganggu harimau.

“Apabila ini berlaku, sumber pendapatan utama penduduk terjejas… kebun pisang atau sawit turut menjadi mangsa, kesan ‘kunjungan’ gajah,” katanya seperti dipetik dari laporan Berita Harian.

Dia memaklumkan kehadiran harimau dikesan di kawasan ladang getah dan banyak lembu dilepaskan dalam kawasan terbabit menjadi juadah haiwan liar itu.

“Haiwan seperti gajah dan beruang pula sudah mula masuk ke halaman rumah penduduk dan sejak ancaman ini berlaku, penduduk takut untuk keluar waktu malam,” katanya.

Penduduk, Rohana Mohamad, 52, pula berpandangan pembukaan kawasan hutan menyebabkan binatang liar itu mula memasuki kawasan kampung.

“Jika dahulu, hutan sekeliling masih tebal dan tidak pernah berlaku gajah harimau keluar.

“Sekarang hutan semakin ‘hilang’ dan kebanyakan sudah dijadikan ladang… sebab itu binatang ini mula keluar mencari makanan.

“Sejak setahun kami penduduk berada dalam ketakutan dan pergerakan juga terbatas terutama pada waktu malam,” ujarnya.

Dia bagaimanapun memaklumkan perkara itu sudah dimaklumkan kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara dan berharap tindakan segera diambil sebelum berlaku kejadian tidak diingini.

Related Posts

‘Kita Jaga Sabah’ seruan perkukuh kerjasama Warisan, KDM dan STAR

KOTA KINABALU – “Ayuh Sabahan! Kita bangun bersama, bersatu berpadu. Kita jaga Sabah!” menjadi seruan kepada pimpinan dan ahli Warisan, Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM) serta STAR untuk memperkukuh kesatuan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Empat blok 20 pintu, sebuah rumah musnah dijilat api

TAWAU – Empat blok rumah kongsi melibatkan 20 pintu dan sebuah rumah kediaman jenis tidak kekal musnah dalam kebakaran berhampiran Taman Gemilang Sin Onn, Jalan Sin Onn, di sini, pada…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kawalan keselamatan lapangan terbang akan diperkasa, diperketat

Kawalan keselamatan lapangan terbang akan diperkasa, diperketat

Laporan awal kes Mohd Shuhaily dihantar ke AGC

Laporan awal kes Mohd Shuhaily dihantar ke AGC

Seksyen 302 bukan kesalahan kecil, pelajar perlu fahami implikasi undang-undang

Seksyen 302 bukan kesalahan kecil, pelajar perlu fahami implikasi undang-undang

Kerajaan pertimbang larangan parti politik terima dana asing

Kerajaan pertimbang larangan parti politik terima dana asing

Keselamatan murid lebih penting daripada imej sekolah – PM

Keselamatan murid lebih penting daripada imej sekolah – PM

Isu UNHCR perlu diselesaikan melalui rundingan dengan PBB – PM

Isu UNHCR perlu diselesaikan melalui rundingan dengan PBB – PM