Label warganegara Malaysia ‘kafir harbi’ perbuatan ekstrem, melampau – Pejabat Mufti WP

PUTRAJAYA – Gelaran ‘kafir harbi’ tidak boleh ditujukan kepada mana-mana warganegara bukan Islam di negara ini, berikutan ia tidak menepati definisi dan tidak mencukupi ciri seperti yang ditetapkan ulama.

Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan menjelaskan, melabelkan seseorang warga negara dengan gelaran itu akan membawa implikasi buruk dan dahsyat kerana mereka halal untuk diperangi, keamanan mereka tidak akan dijaga dan keselamatan harta benda mereka tidak akan dijamin.

Sehubungan itu, katanya, perbuatan melabelkan sebahagian daripada warganegara sesebuah negara dengan label sebegitu adalah satu perbuatan yang ekstrem dan keterlaluan.

“Label ini tidak boleh untuk ditujukan kepada mana-mana warganegara bukan Islam di sesebuah negara yang menghormati perlembagaannya dan mematuhi undang-undangnya.

“Dalam konteks di Malaysia, setiap warga negara daripada kalangan bukan Islam, maka mereka jauh sekali untuk dimasukkan dalam kategori golongan kafir harbi,” kata pejabat itu menerusi Irsyad Hukum Siri Ke-864: Isu Berkaitan Pengkategorian Kafir Harbi di laman web rasminya hari ini.

Mengulas lanjut, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan berkata, istilah ‘kafir harbi’ adalah dirujuk kepada golongan orang bukan Islam yang tiada jaminan perlindungan daripada orang Islam dan merupakan golongan yang memerangi Islam dan melakukan kejahatan ke atas mereka.

“Adapun jika ingin melihat konteks kafir harbi pada zaman sekarang, maka istilah itu boleh dirujuk kepada kumpulan Zionis dan Israel yang memusuhi dan memerangi umat Islam serta mengusirkan mereka daripada tempat kediaman dan tanah air mereka,” katanya.

Semalam, DAP menuntut individu yang mengeluarkan kenyataan parti itu adalah ‘kafir harbi di Malaysia’ pada program ceramah Pas dan Perikatan Nasional (PN) di Pilihan Raya Kecil (PRK) Nenggiri supaya memohon maaf.

Menerusi kenyataan bersama Ahli Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP, Sheikh Umar Bagharib Ali, Syahredzan Johan dan Young Syefura Othman, mereka berkata individu terbabit dipercayai menjadi pengerusi pada majlis berkenaan.

Katanya, DAP juga menuntut kepimpinan Pas dan Perikatan Nasional (PN) menyatakan pendirian sama ada mereka bersetuju dengan kenyataan melampau dikeluarkan individu berkenaan

Dalam pada itu, PN dikatakan telah merehatkan sementara seorang pengacara majlis daripada terbabit program ceramah kempen PRK DUN Nenggiri, selepas individu itu dikatakan ‘tersasul’ menyebut perkataan kafir harbi terhadap DAP dalam ceramah di Sungai Asap, di sini, malam kelmarin.

Pengarah Operasi PN bagi PRK DUN Nenggiri, Tan Sri Annuar Musa berkata, individu terbabit direhatkan selama tiga hari bermula kelmarin dan tidak akan terbabit sebarang ceramah kempen mereka sepanjang tempoh itu. 

Related Posts

IPU lebih 180, semua sekolah dan institusi pendidikan KPM diarahkan tutup mulai esok

PUTRAJAYA – Kementerian Pendidikan (KPM) mengarahkan semua sekolah dan institusi pendidikan kendalianya, yang terletak di kawasan mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) melebihi 180 diarahkan tutup mulai esok. Ketua Pengarah…

Lebih lanjut

teruskan membaca
‎Kerajaan teliti kesan platform e-dagang terhadap peniaga fizikal, syarikat kurier tempatan

KOTA KINABALU – Kerajaan akan mengadakan pertemuan dengan pengendali platform e-dagang dan peniaga tempatan bagi menangani ketidakseimbangan persaingan yang semakin memberi tekanan kepada perniagaan fizikal, khususnya akibat penjualan produk pada…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

KD Ganas, KD Serang dipindahkan ke MAWILLA 2

  • By Ezmie
  • October 8, 2026
KD Ganas, KD Serang dipindahkan ke MAWILLA 2

Semua sekolah di Negeri Sembilan ditutup mulai esok susulan jerebu

Semua sekolah di Negeri Sembilan ditutup mulai esok susulan jerebu

Fasa dua projek tebatan banjir Kampung Rampayan perlu dipercepat

  • By Ezmie
  • October 8, 2026
Fasa dua projek tebatan banjir Kampung Rampayan perlu dipercepat

Selangor-Bersatu masih runding kerjasama, muktamad sebelum belanjawan negeri

Selangor-Bersatu masih runding kerjasama, muktamad sebelum belanjawan negeri

IPU lebih 180, semua sekolah dan institusi pendidikan KPM diarahkan tutup mulai esok

IPU lebih 180, semua sekolah dan institusi pendidikan KPM diarahkan tutup mulai esok

‎Kerajaan teliti kesan platform e-dagang terhadap peniaga fizikal, syarikat kurier tempatan

  • By Ezmie
  • October 8, 2026
‎Kerajaan teliti kesan platform e-dagang terhadap peniaga fizikal, syarikat kurier tempatan