SUKMA 2024: Melaka tidak sertai acara Bola Tampar, Bola Jaring

MELAKA – Melaka tidak menghantar atlet untuk acara sukan bola tampar dan bola jaring pada Sukan Malaysia (SUKMA) 2024 yang akan berlangsung pada 17 hingga 24 Ogos depan yang bertempat di Sarawak.

Exco Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) negeri VP Shanmugam, berkata keputusan itu dibuat kerana sukan berkenaan tidak menunjukkan potensi pingat untuk Melaka selain isu teknikal dalam pasukan yang terlibat.

Keputusan itu juga dilakukan bagi mengelakkan kerugian kewangan kepada kerajaan negeri kerana memerlukan kos yang tinggi bagi menghantar atlet ke sana.

Tambah beliau, jurulatih bagi pasukan bola tampar turut digantung akibat masalah dalaman yang belum dapat diselesaikan.

“Ada juga pasukan yang kita tidak hantar kerana prestasi mereka yang tidak mencapai kedudukan enam teratas pada mana-mana kejohanan yang disertai…tiada ‘pulangan pelaburan’ untuk kerajaan negeri dari aspek pingat”, katanya.

Beliau berkata demikian sejurus merasmikan Program Hari Bertemu Pelanggan dan Kempen Kibar Jalur Gemilang anjuran Jabatan Pendaftaran Negara disini, semalam.

Ujarnya lagi, Melaka menyertai 34 acara sukan dengan sasaran 20 pingat emas melibatkan 441 atlet dan 176 pegawai serta jurulatih.

Sebahagian atlet Melaka telah pun berada di Sarawak untuk menjalani latihan sebagai persiapan awal bagi menghadapi saingan dalam temasya sukan tersebut.

Manakala sebahagian atlet lain akan berlepas ke Sarawak pada 16 dan 17 Ogos ini, saya pasti mereka akan sumbangkan pingat buat kontinjen Melaka.

Related Posts

Pemilik haiwan digalak beri vaksin rabies setiap tahun

LIMBANG – Pemilik haiwan peliharaan di Sarawak digalakkan memastikan anjing dan kucing menerima vaksinasi tahunan bagi membantu mengekang penularan penyakit rabies secara lebih berkesan. Timbalan Menteri Industri Makanan, Komoditi dan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Polis kenal pasti identiti 3 sekeluarga maut kebakaran rumah di Muadzam Shah

ROMPIN – Polis mengenal pasti identiti tiga sekeluarga yang terkorban dalam kejadian kebakaran rumah di Desa Mawar, Muadzam Shah, di sini awal pagi tadi. Ketua Polis Daerah Rompin Superintendan Sharif…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tiada parti lain, hanya PKR jadikan MA63 agenda nasional 

Tiada parti lain, hanya PKR jadikan MA63 agenda nasional 

PH bersama Bersatu PRN Melaka: Saya tidak tahu, kata Fahmi

PH bersama Bersatu PRN Melaka: Saya tidak tahu, kata Fahmi

PKR tumpu pengukuhan parti, tidak terheret isu DAP

PKR tumpu pengukuhan parti, tidak terheret isu DAP

Pemilik haiwan digalak beri vaksin rabies setiap tahun

Pemilik haiwan digalak beri vaksin rabies setiap tahun

PKR ambil serius teguran akar umbi, perkasa strategi komunikasi

PKR ambil serius teguran akar umbi, perkasa strategi komunikasi

Lepas Tabung Haji, RCI FELDA bukti Anwar laksana tindakan tidak popular demi kepentingan rakyat

Lepas Tabung Haji, RCI FELDA bukti Anwar laksana tindakan tidak popular demi kepentingan rakyat