Petani, penternak, nelayan Lawas terima geran tiga agensi

LAWAS: Seramai 40 petani, 80 penternak dan 50 nelayan di Lawas menerima geran bantuan Jabatan Veterinar (DVS) Sarawak, Jabatan Perikanan Malaysia dan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA).

Antara bantuan diberikan penyampaian geran pembangunan projek ternakan kepada kerajaan negeri DVS, penyampaian lesen sampan khas JPLS, penyampaian bantuan sangkar kluster, penyerahan replika cek bantuan MYAP, penyampaian SKMS Sarawak dan dana KPKM kawasan Lawas.

Penyampaian geran disempurnakan oleh Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu di Hotel Seri Malaysia Lawas.

“Sokongan diberikan sepenuhnya kepada ternakan Kambing di Meragang Lawas ini bagi penghasilan susu, daging dan keju agar dapat kebergantungan import” ujar Mohamad Sabu.

Tambahnya lagi, program komuniti Madani mana-mana kumpulan masyarakarat, kumpulan kampung, kumpulan masjid atau persatuan gereja dan sebagainya boleh memohon di atas komuniti madani iaitu antara 50 hingga 100,000 untuk gabung dan membuat sama ada ternakan kecil, sayur sayuran, perikanan ataupun agro pelancongan.

Turut hadir Timbalan Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak Datuk Dr Abdul Rahman Ismail, Ahli Parlimen Lawas Dato Henry Sum Agong, Ahli Dewan Undangan Negeri Ba’ Kelalan Baru Bian, Ahli Dewan Undangan Negeri Batu Danau Dato Paulus Gumbang, Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan Malaysia Datuk Lokman Hakim Ali, Pengarah Wilayah, Agensi Pembangunan Wilayah Utara (NRDA) RECODA Datu Ubaidillah Abdul Latif, Pengarah Jabatan Verteriner Sarawak Datu Dr Adrian Susin Ambud, Pegawai Daerah Lawas Ladin Atok, pengarah jabatan dan agensi Persekutuan dan Sarawak serta ketua-ketua jabatan.

Related Posts

Kerajaan perkukuh bantuan, elak golongan layak tercicir hadapi negara menua

KUALA LUMPUR – Kerajaan memberi tumpuan kepada usaha memastikan tiada golongan layak tercicir daripada menerima bantuan, di samping mengelakkan ketirisan kepada mereka yang tidak layak sebagai persediaan menghadapi status negara…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Anwar: Isu 3R, tindakan terhadap media antara faktor Malaysia jatuh dalam indeks kebebasan media

KUALA LUMPUR – Isu berkaitan agama, raja dan kaum (3R), selain tindakan penguatkuasaan terhadap media serta kerangka perundangan negara, dikenal pasti antara faktor yang menyumbang kepada kemerosotan kedudukan Malaysia dalam…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sabah percepat reformasi pentadbiran, kerjasama Persekutuan-Negeri demi lonjak pembangunan SMJ 2.0

Sabah percepat reformasi pentadbiran, kerjasama Persekutuan-Negeri demi lonjak pembangunan SMJ 2.0

Persidangan ICRTH 2026 angkat Miri destinasi pelancongan dunia

Persidangan ICRTH 2026 angkat Miri destinasi pelancongan dunia

Soon Koh bidas Dr Sim umum calon DUN Bawang Assan

Soon Koh bidas Dr Sim umum calon DUN Bawang Assan

Sarawak perkukuh pelancongan bertanggungjawab pacu pembangunan mampan

Sarawak perkukuh pelancongan bertanggungjawab pacu pembangunan mampan

Sindiket edar katrij vape berisi furanyl fentanyl tumpas

Sindiket edar katrij vape berisi furanyl fentanyl tumpas

JAS kenal pasti punca pembakaran haram dalam ladang di Padang Serai

JAS kenal pasti punca pembakaran haram dalam ladang di Padang Serai