Pengasas RHB Bank, Tan Sri Abdul Rashid Hussain dilantik Pro Canselor UTeM

MELAKA – Tokoh korporat yang juga pengasas Kumpulan Perbankan RHB, Tan Sri Abdul Rashid Hussain dilantik sebagai Pro Canselor Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) berkuat kuasa 1 Mei lalu hingga 30 April 2027.

Penyampaian watikah pelantikan Abdul Rashid disempurnakan oleh Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd Ali Rustam selaku Canselor UTeM, semalam.

“Pelantikan Abdul Rashid selari dengan momentum kecemerlangan UTeM yang terus menempa pelbagai kejayaan gemilang dalam negara dan turut mengharum di persada dunia,” katanya.

Tokoh korporat yang juga pengasas Kumpulan Perbankan RHB sebelum ini pernah berkhidmat sebagai Ahli Lembaga dan pengerusi pertama Jawatankuasa Eksekutif Khazanah Nasional Berhad dari tahun 1994 hingga 1998.

Beliau juga pernah mencurahkan khidmat sebagai Pengerusi Putrajaya Holdings dari 1995 hingga 2000.

Tokoh itu juga pernah berkhidmat dalam Lembaga Pengarah Malaysian Airline System Berhad dari 1993 hingga 1997 dan Cycle & Carriage Bintang Bhd dari 1993 hingga 2008.

Abdul Rashid juga turut dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Tabung Haji (TH) yang baharu bermula Disember 2023.

Related Posts

Program MADANI Kita jambatan penting kerajaan-rakyat – KP JKOM

KUANTAN – Jabatan Komunikasi Komuniti (JKOM) akan menggerakkan 17 siri Program MADANI Kita (PMK) di seluruh negara bagi merapatkan jurang komunikasi antara kerajaan dan rakyat di peringkat akar umbi. Menyifatkan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Jualan Rahmah MADANI rekod transaksi lebih RM350 juta

KUANTAN – Program Jualan Rahmah MADANI di seluruh negara dilaksanakan sebanyak 22,834 kali sehingga hujung Ogos lalu, dengan nilai jualan melebihi RM350 juta. Ia sekali gus memberi manfaat kepada rakyat…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PM Anwar selesai menghadap Tuanku Muhriz

PM Anwar selesai menghadap Tuanku Muhriz

Putra gesa polis siasat MB, Exco NS berhubung penyingkiran Tuanku Muhriz

Putra gesa polis siasat MB, Exco NS berhubung penyingkiran Tuanku Muhriz

Krisis Negeri Sembilan kian memuncak, Amanah cadang MB mohon bubar

Krisis Negeri Sembilan kian memuncak, Amanah cadang MB mohon bubar

Kemelut Negeri Sembilan: Raja perlu dihormati, semua tindakan mesti ikut aturan – Ibrahim Ali

Kemelut Negeri Sembilan: Raja perlu dihormati, semua tindakan mesti ikut aturan – Ibrahim Ali

Pendidikan, sosioekonomi nadi utama kelestarian komuniti Tellian

Pendidikan, sosioekonomi nadi utama kelestarian komuniti Tellian

Dari peluang kedua hingga teknologi pintar, dua graduan POLYCC buktikan kuasa TVET

Dari peluang kedua hingga teknologi pintar, dua graduan POLYCC buktikan kuasa TVET