SEB sumbang dua mesin hemodialisis di Hospital Bau

BAU: Sarawak Energy Berhad (SEB) menyumbangkan dua mesin hemodialisis kepada Hospital Bau sebagai komitmen syarikat korporat itu dalam sokongan mereka terhadap bidang perubatan di Sarawak.

Sumbangan itu merupakan inisiatif Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) syarikat tersebut dengan kerjasama Sarawak Badan Amal Tenaga Isteri-Isteri (SABATI).

Menurut kenyataan rasmi SEB, pemberian mesin hemodialisis ini bertujuan menangani keperluan mendesak menggantikan peralatan perubatan yang lama dan rosak di hospital tersebut akibat peningkatan permintaan untuk rawatan hemodialisis.

Majlis penyerahan mesin tersebut disempurnakan oleh Pengerusi SABATI dan isteri Premier Sarawak, Puan Sri Datuk Amar Juma’ani Tun Tuanku Bujang.

Selain itu, beliau juga memberikan bantuan bakul makanan kepada pesakit yang menerima rawatan di unit dialisis hospital tersebut.

Sebagai tambahan, dua lagi mesin hemodialisis bakal diserahkan kepada Hospital Simunjan dalam masa terdekat.

Kerjasama antara SEB dengan SABATI dalam bidang penjagaan kesihatan bermula pada Jun 2020 dengan sumbangan mesin hemodialisis kepada Hospital Kapit dan Lawas.

“SEB juga menyokong hospital di seluruh Sarawak dengan menyediakan mesin elektrokardiogram (ECG), mesin dialisis, ambulans, dan mesin fundoskopi.” jelas kenyataan rasmi tersebut.

Selain itu, SEB turut membiayai operasi katarak di beberapa lokasi dengan kerjasama beberapa komuniti tempatan.

Turut hadir Timbalan Menteri Pengangkutan Sarawak (Sungai dan Laut) merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tasik Biru, Datuk Henry Harry Jinep, Pengarah Hospital Bau, Dr Jasmany Liboh, dan Naib Presiden Kanan Perkhidmatan Korporat Sarawak Energy, Aisah Adenan.

Related Posts

Empat blok 20 pintu, sebuah rumah musnah dijilat api

TAWAU – Empat blok rumah kongsi melibatkan 20 pintu dan sebuah rumah kediaman jenis tidak kekal musnah dalam kebakaran berhampiran Taman Gemilang Sin Onn, Jalan Sin Onn, di sini, pada…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Buruh positif dadah ditahan di tepi Jalan Kubu

MUKAH – Seorang buruh warga tempatan ditahan polis selepas disyaki terlibat dalam aktiviti penyalahgunaan dadah di tepi Jalan Kubu, di sini pada Isnin. Lelaki berusia 34 tahun itu ditahan oleh…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Empat blok 20 pintu, sebuah rumah musnah dijilat api

  • By Fatin
  • October 6, 2026
Empat blok 20 pintu, sebuah rumah musnah dijilat api

Buruh positif dadah ditahan di tepi Jalan Kubu

Buruh positif dadah ditahan di tepi Jalan Kubu

Baru seminggu jadi ejen judi dalam talian, wanita ditahan di Kabong

Baru seminggu jadi ejen judi dalam talian, wanita ditahan di Kabong

Kadar dadah SG4 jauh melebihi nasional, kerajaan negeri perlu bentang hasil pencegahan

Kadar dadah SG4 jauh melebihi nasional, kerajaan negeri perlu bentang hasil pencegahan

Olise bantu Perancis kalahkan Belgium 4-1

Olise bantu Perancis kalahkan Belgium 4-1

12 daripada 16 perkara MA63 diselesaikan era Kerajaan MADANI

  • By Ezmie
  • October 5, 2026
12 daripada 16 perkara MA63 diselesaikan era Kerajaan MADANI