Program Madani Rakyat 2024 ke Zon Selatan 15 hingga 17 Ogos ini

JOHOR BAHRU – Setelah melakar kejayaan di Selangor, Zon Utara dan Zon Timur, kini Program Madani Rakyat 2024 diteruskan pula di zon Selatan bermula 15 hingga 17 Ogos ini di Dataran Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Skudai, di sini.

Sekretariat Program Madani dalam kenyataan berkata, pelbagai acara menarik berkaitan ‘Setahun Ekonomi Madani bakal mewarnai Program Madani Rakyat 2024 Zon Selatan dan Setahun Ekonomi Madani itu nanti.

Menurutnya, program tersebut akan memberi tumpuan kepada pelaksanaan dasar ekonomi Madani serta komitmen berterusan kerajaan dalam memperkasa rakyat, usahawan dan industri sejak setahun dilancarkan.

“Ia menjadi platform untuk kerajaan memaklumkan pencapaian dan manfaat ekonomi Madani kepada rakyat melalui inisiatif seperti sumbangan asas Rahmah, bantuan awal persekolahan, perkhidmatan pembiayaan mikro dan banyak lagi.

“Turut diketengahkan pada program kali ini adalah aktiviti berkaitan kesejahteraan rakyat, agenda perpaduan, karnival kerjaya, pelancongan dan seumpamanya,” katanya.

Selain itu, turut disediakan jualan istimewa menawarkan potongan harga dan tawaran bagi barangan keperluan harian untuk pengunjung.

Program bagi Zon Selatan ini akan membabitkan negeri Johor, Negeri Sembilan dan Melaka anjuran oleh Pejabat Perdana Menteri melalui Unit Penyelarasan Lonjakan Prestasi (PACU) dengan kerjasama strategik kementerian ekonomi dan Kerajaan Negeri Johor.

Majlis penutupan program ini akan disempurnakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 17 Ogos nanti dengan turut dihadiri oleh kepimpinan tertinggi Kerajaan Persekutuan dan negeri.

Orang ramai dijemput untuk bersama-sama hadir memeriahkan Program Madani Rakyat 2024 Zon Selatan dan Setahun Ekonomi Madani pada 15 dan 16 Ogos jam 9 pagi hingga 10 malam dan 17 Ogos bermula pada pukul 9 pagi hingga 6 petang.

Related Posts

Laporan awal kes Mohd Shuhaily dihantar ke AGC

KUALA LUMPUR – Jabatan Siasatan Jenayah, Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menyerahkan laporan awal berhubung kes dakwaan kekasaran membabitkan Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS), Datuk Seri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Seksyen 302 bukan kesalahan kecil, pelajar perlu fahami implikasi undang-undang

PELAJAR perlu diberikan pendedahan mengenai kesalahan jenayah dan implikasi undang-undang supaya mereka memahami keseriusan sesuatu tindakan, khususnya kesalahan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang berkaitan dengan kesalahan bunuh. Pengamal…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kawalan keselamatan lapangan terbang akan diperkasa, diperketat

Kawalan keselamatan lapangan terbang akan diperkasa, diperketat

Laporan awal kes Mohd Shuhaily dihantar ke AGC

Laporan awal kes Mohd Shuhaily dihantar ke AGC

Seksyen 302 bukan kesalahan kecil, pelajar perlu fahami implikasi undang-undang

Seksyen 302 bukan kesalahan kecil, pelajar perlu fahami implikasi undang-undang

Kerajaan pertimbang larangan parti politik terima dana asing

Kerajaan pertimbang larangan parti politik terima dana asing

Keselamatan murid lebih penting daripada imej sekolah – PM

Keselamatan murid lebih penting daripada imej sekolah – PM

Isu UNHCR perlu diselesaikan melalui rundingan dengan PBB – PM

Isu UNHCR perlu diselesaikan melalui rundingan dengan PBB – PM