Bekas banduan ditahan semula edar dadah

MUAR – Meskipun baru dibebaskan daripada hukuman penjara sejak enam bulan lepas, namun seorang bapa seperti tidak serik apabila kembali mengedar dadah bersama isterinya di sekitar Panchor dan Pagoh.

Malah, pasangan masing-masing berusia 39 dan 34 tahun ini turut menggunakan kaedah mencagar motosikal bagi pembeli yang tidak mampu melunaskan bayaran dadah mereka.

Ketua Polis Daerah Muar Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata, motosikal itu perlu diserahkan kepada pasangan berkenaan bagi pembeli dadah yang tidak mempunyai wang sebelum memulangkan kembali kenderaan itu kepada pemiliknya sekiranya hutang dilunaskan.

Bagaimanapun, taktik pasangan yang mempunyai seorang anak itu terbongkar susulan serbuan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muar bersama Balai Polis Panchor di rumah mereka.

“Dalam serbuan jam 3 petang semalam, polis berjaya merampas 17 kilogram dadah bernilai lebih RM467,000 terdiri daripada heroin seberat 7.6 kilogram (kg), syabu (4.47kg), pil eramin 5 (5.9kg) dan pil yaba (13gram).

“Turut dirampas kereta Volkswagen Passat dan Honda Accord serta sembilan motosikal pelbagai jenama termasuk Yamaha YZF, 125Z, dan Y125ZR, selain barang kemas berupa rantai, cincin dan gelang tangan,” katanya dalam sidang media di IPD Muar, hari ini.

Raiz Mukhliz berkata, ujian saringan air kencing terhadap pasangan suami isteri terbabit mendapati kedua-duanya positif dadah jenis methampethamin.

“Kedua-dua suspek direman sehingga 12 Ogos ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

“Selain itu, kedua-dua suspek juga disiasat mengikut Seksyen 15 (1) (a) akta sama,” katanya.

Related Posts

90 tukun tiruan dilabuhkan di perairan Papar, manfaatkan nelayan setempat

PAPAR – Sebanyak 90 unit tukun tiruan dilabuhkan di perairan ini, bagi menyediakan habitat hidupan laut dan mewujudkan kawasan tangkapan yang lebih produktif untuk nelayan setempat. Ahli Parlimen Papar, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca
CIS digesa tetap garis masa pulih bekalan simen di Sabah

KOTA KINABALU – Cement Industries Sabah (CIS) digesa menetapkan garis masa yang jelas bagi memulihkan bekalan simen di seluruh Sabah susulan kekurangan bahan itu yang terus menjejaskan projek pembinaan dan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tarik balik kenyataan tidak memadai, persepsi rakyat perlu dipulihkan – Mahfuz

Tarik balik kenyataan tidak memadai, persepsi rakyat perlu dipulihkan – Mahfuz

PN berdepan pembatalan pendaftaran RoS?

PN berdepan pembatalan pendaftaran RoS?

Anwar hormati keputusan Anthony, beri ruang untuk berbincang

Anwar hormati keputusan Anthony, beri ruang untuk berbincang

Permohonan undi pos PRN Melaka bermula hari ini

Permohonan undi pos PRN Melaka bermula hari ini

Proses bina semula Gaza perlu disegerakan

Proses bina semula Gaza perlu disegerakan

ECRL diutamakan, projek rel baharu perlu ikut kemampuan – PM Anwar

ECRL diutamakan, projek rel baharu perlu ikut kemampuan – PM Anwar