‘Lelaki makin pupus dalam Bersatu, terpaksa pinjam calon Pas’

BERSATU seolah-olah kehilangan ‘taring’ kerana tiada ‘anak lelaki’ dalam parti itu, kata Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi.

Mohd Puad berkata, medan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggeri memperlihatkan kelemahan Bersatu berikutan tidak cukup calon.

Beliau juga menasihatkan ahli Bersatu agar meninggalkan parti yang sudah tidak mempunyai kuasa dan mencontohi bekas Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Tan Sri Annuar Musa yang meninggalkan UMNO lalu menyertai Pas.

“Itu punca Bersatu tidak cukup anak lelaki sampai pinjam lelaki Pas untuk jadi calon. Nenggiri buka pekung Bersatu. Jalan terbaik ialah kembali kepada UMNO atau sertai Pas. Ikut Annuar Musa.

“Tinggalkanlah Bersatu. Kuasa tidak ada, peranan pun tidak ada. Laki-laki makin pupus,” katanya dalam hantaran di Facebook pada Isnin.

Dalam pada itu, sindir Mohd Puad lagi, Bersatu gagal mencantas peranan UMNO dan hanya meletakkan kebergantungan sepenuhnya kepada Pas.

“Parti itu didominasi oleh pelompat transit. Mereka jadikan Bersatu pusat transit untuk kembali berkuasa. Maka ‘talent’ baru tersekat kerana dominasi pelompat transit ini,” katanya.

Terdahulu, pencalonan bekas timbalan ketua Pemuda Pas Gua Musang, Mohd Rizwadi Ismail sebagai calon mewakili Bersatu di DUN Nenggiri bantuan ‘adik beradik’.

Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, ia tidak sepatutnya menjadi isu kerana tindakan Rizwadi keluar Pas direstui pucuk pimpinan.

Related Posts

Kebun buah, rumah stor jadi lokasi simpan senjata RM360,000

KANGAR – Kebun buah-buahan, rumah kediaman dan stor dijadikan lokasi menyimpan senjata api serta peluru milik satu sindiket yang dipercayai aktif di utara Semenanjung sejak 2019. Ketua Polis Perlis, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

BN pertaruh manifesto berteraskan sembilan fokus utama

BN pertaruh manifesto berteraskan sembilan fokus utama

Kerjasama BN-PN ibarat Titanic, tunggu masa karam – Hannah Yeoh

Kerjasama BN-PN ibarat Titanic, tunggu masa karam – Hannah Yeoh

45 asnaf sekitar Mukah terima sumbangan Saberkas Prihatin

45 asnaf sekitar Mukah terima sumbangan Saberkas Prihatin

Tender semula BELB RM30 juta, jamin bekalan elektrik stabil – Andi Suryady

Tender semula BELB RM30 juta, jamin bekalan elektrik stabil – Andi Suryady

Kebun buah, rumah stor jadi lokasi simpan senjata RM360,000

Kebun buah, rumah stor jadi lokasi simpan senjata RM360,000

Klopp rasmi pengendali baharu Jerman

Klopp rasmi pengendali baharu Jerman