PM Anwar ulangi ikrar bela nasib rakyat Palestin

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengulangi ikrar memperjuangkan nasib rakyat Palestin yang ditindas rejim Zionis.

Anwar berkata dalam pidatonya, tanggungjawab itu akan dipikul oleh beliau sebagai pemimpin yang memperoleh mandat daripada rakyat Malaysia.

“Insya-Allah dgn mandat yang diberikan rakyat malaysia saya akan cuba sedaya upaya untuk membantu dan membela nasib mereka (rakyat Palestin),” katanya ketika berucap pada kemuncak Himpunan Pembebasan Palestin pada Ahad di Axiata Arena Bukit Jalil pada Ahad.

Ucapannya itu adalah sebagai tanda sokongan moral Malaysia kepada rakyat Palestin.

Sebelum itu, Anwar tiba di himpunan tersebut pada jam 9.30 malam.

Turut hadir mengiringi beliau adalah beberapa menteri Kabinet antaranya Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil; Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu; Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail; Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul; Menteri Sumber Manusia, Steven Sim Chee Keong serta ramai lagi.

Ketibaan beliau disambut dengan sahutan laungan slogan mengenai Palestin serta laungan takbir.

Himpunan tersebut dihadiri kira-kira 12,000 orang yang terdiri daripada berbilang kaum dan bangsa sejak petang tadi.

Related Posts

Imigresen serbu resort terbiar jadi pusat sindiket penipuan antarabangsa

PUTRAJAYA – Taktik licik sindiket penipuan dalam talian antarabangsa menjadikan sebuah pusat peranginan di Sungai Lembing, Pahang yang ditutup sejak tahun lalu sebagai pusat panggilan terbongkar selepas diserbu Jabatan Imigresen…

Lebih lanjut

teruskan membaca
GRS sasar lebih 15 kerusi Parlimen Sabah pada PRU akan datang

KOTA KINABALU – Gabungan Rakyat Sabah (GRS) menyasarkan pencapaian lebih besar dalam Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang termasuk meningkatkan jumlah kerusi Parlimen yang dimenangi bagi mengukuhkan suara dan kuasa…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Imigresen serbu resort terbiar jadi pusat sindiket penipuan antarabangsa

Imigresen serbu resort terbiar jadi pusat sindiket penipuan antarabangsa

Sabah jadi tumpuan pendaki dunia, 250 peserta sertai Kinabalu Climbathon edisi ke-33

Sabah jadi tumpuan pendaki dunia, 250 peserta sertai Kinabalu Climbathon edisi ke-33

GRS sasar lebih 15 kerusi Parlimen Sabah pada PRU akan datang

GRS sasar lebih 15 kerusi Parlimen Sabah pada PRU akan datang

Gempa bumi bermagnitud 5.0 dikesan di perairan Sandakan

  • By Fandi
  • October 6, 2026
Gempa bumi bermagnitud 5.0 dikesan di perairan Sandakan

Kerajaan Kelantan, Pentadbir Tanah Pasir Mas diperintah bayar ganti rugi RM17.46 juta

Kerajaan Kelantan, Pentadbir Tanah Pasir Mas diperintah bayar ganti rugi RM17.46 juta

Pahang terbuka untuk jumpa bincang dengan wakil Berjaya Hills

Pahang terbuka untuk jumpa bincang dengan wakil Berjaya Hills