Kekalkan momentum pelancongan Sabah – Saifuddin

PENAMPANG – Momentum industri pelancongan di Sabah yang kian rancak perlu dikekalkan, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

Jelas beliau, hal itu kerana Sabah kini dihadiri oleh angka kedatangan pelancong yang luar biasa.

“Saya rasa gembira sebab saya boleh bantu rakyat Sabah dari sudut memelihara dan mengekalkan keamanan.

“Saya lebih gembira apabila Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Christina Liew sambut itu dengan pelbagai promosi menarik yang hasilnya apabila dalam banyak-banyak negeri dalam Malaysia, kehadiran pelancong paling ramai datang ke negeri Sabah.

“Ini adalah satu kejayaan yang cukup besar. Kita kena kekalkan momentum ini,” katanya dalam ucaptama Majlis Makan Malam MADANI anjuran Persatuan Kebudayaan dan Kebajikan Murut di sini, malam tadi.

Tambah beliau, penubuhan ESSCOM setelah 11 tahun peristiwa hitam, kini yang mengabungkan pelbagai entiti agensi keselamatan dapat menyakinkan para pelancong bahawa Pantai Timur Sabah dalam keadaan selamat.

Katanya, hasilnya apabila Pantai Timur Sabah sekarang mengamit kehadiran ramai pelancong.

“Apabila saya mempermudahkan urusan visa termasuklah warga India, China sebahagian besar negara Eropah termasuk 50 negara semuanya yang datang ke Malaysia, kita beri mereka visa percuma 30 hari supaya mereka pilih Malaysia sebagai destinasi dan strategi kita mengena.

“Sekarang penerbangan antarabangsa langsung terus ke Tawau dan mereka ke Semporna sebagai pilihan destinasi di Pantai Timur,” kata Saifuddin.

Terdahulu turut berlangsung Forum MA63 Dalam Era MADANI sempena Bulan Kemerdekaan yang dikendalikan Ketua Biro Undang-undang Majlis Pimpinan Negeri Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sabah, Datuk Dr Jelani Hamdan sebagai moderator dan dua panel jemputan iaitu Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM), Dr Mohd. Khairuddin Othman dan Pensyarah Kanan Universiti Malaysia Sabah (UMS), Profesor Madya Dr Romzi Atong.

Related Posts

Proses nyahwarta Hutan Simpan Kekal tidak dibuat sewenang-wenangnya

KUANTAN – Kerajaan Pahang menegaskan proses penyahwartaan Hutan Simpan Kekal (HSK) di negeri itu tidak dilakukan secara sewenang-wenangnya, sebaliknya tertakluk kepada kawalan ketat, syarat tertentu dan prosedur ditetapkan. Menteri Besar,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kebakaran Kg Numbak: 202 rumah terjejas, 134 mangsa dipindahkan ke PPS

KOTA KINABALU – Sebanyak 202 rumah terjejas manakala 134 mangsa daripada 40 Ketua Isi Rumah (KIR) dipindahkan ke dua Pusat Pemindahan Sementara (PPS) susulan kebakaran besar membabitkan perkampungan atas air…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

United bangkit kalahkan Ipswich 5-2

United bangkit kalahkan Ipswich 5-2

Chelsea cemas sebelum tewaskan Brighton 4-3

Chelsea cemas sebelum tewaskan Brighton 4-3

Ilmu ‘senjata’ Orang Asli pertahan, isi kemerdekaan

Ilmu ‘senjata’ Orang Asli pertahan, isi kemerdekaan

Proses nyahwarta Hutan Simpan Kekal tidak dibuat sewenang-wenangnya

Proses nyahwarta Hutan Simpan Kekal tidak dibuat sewenang-wenangnya

Kebakaran Kg Numbak: 202 rumah terjejas, 134 mangsa dipindahkan ke PPS

  • By Ezmie
  • August 30, 2026
Kebakaran Kg Numbak: 202 rumah terjejas, 134 mangsa dipindahkan ke PPS

USIM perkasa ilmu turath, lantik Sheikh Wazir Che Awang Al-Makki Profesor Adjung

USIM perkasa ilmu turath, lantik Sheikh Wazir Che Awang Al-Makki Profesor Adjung