Warga emas maut dipercayai diserang gajah

KLUANG – Seorang warga emas disahkan meninggal dunia selepas ditemui tidak sedarkan diri ketika menoreh getah di Jalan Felcra Batu 29, Kahang, di sini, pagi tadi.

Laporan Harian Metro mendedahkan, mangsa, Misirah Soliman, 60-an, yang rebah dan tidak sedarkan diri ditemukan oleh salah seorang penoreh getah warga Indonesia yang kebetulan berada di tempat kejadian.

Anak tunggal mangsa, Norlaili Salleh, 49, yang ketika itu berada di Johor Bahru berkata, dia mendapat berita mengenai kejadian tersebut daripada anaknya yang menetap di Kluang bersama mangsa.

“Saya dapat tahu berita ini dari anak saya yang beritahu neneknya kena serang gajah. Ada saksi iaitu pekerja di sekitar situ melihat ada gajah datang menghampiri ibu saya. Pekerja itu kemudian memanggil bapa tiri di rumah untuk memohon bantuan.

“Namun, setibanya mereka berdua di ladang getah berkenaan, ibu telah ditemui tidak sedarkan diri selain tubuhnya juga telah sejuk. Mereka bergegas membawa ibu ke Klinik Kesihatan Kahang, namun ibu disahkan telah meninggal dunia,” katanya.

Menurut Norlaili, ibunya mengambil upah menoreh getah sejak dia masih kecil, tetapi tidak menyangka hayatnya akan berakhir dengan kejadian itu.

“Sebelum ini memang ada kes kes gajah masuk kebun, makan anak pokok getah dan kelapa sawit berdekatan rumah ibu di Kampung Seri Lukut.

“Malah, pihak berwajib juga pernah datang beberapa kali dan menjalankan tanggungjawab membasmi gajah liar ini. Mungkin sebab gajah kekurangan makanan kerana banyak hutan diterokai, jadi haiwan ini mula keluar dan menghampiri penempatan penduduk,” katanya.

Norlaili berkata, dia reda dengan kententuan Allah dan berharap pihak berkuasa mengambil tindakan supaya kejadian sama tidak berulang lagi.

Katanya, jenazah ibunya dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Seri Lukut, Kahang, hari ini.

Related Posts

FKAT dipastikan masuk Visit Sabah tahun hadapan

TAWAU – Festival Kebudayaan Antarabangsa Tawau (FKAT) akan dimasukkan dalam kalendar pelancongan sempena Visit Sabah 2027. Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Negeri Sabah, Dr. Andi Md Samsureezal Mohd…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kenyataan itu biadab, hina institusi diraja – KDU Pas Perlis

ARAU – Ketua Dewan Ulamak (KDU) Pas Perlis, Ahmad Adnan Fadzil menyifatkan kenyataan seorang pengguna Facebook yang menggelarnya sebagai penerima ‘Pingat Jasa Pengkhianat’ sebagai menghina dan biadap terhadap institusi Raja…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Zool Amali dakwa UMNO gagal pertahan integriti, gesa tindakan tegas susulan RCI TH

Zool Amali dakwa UMNO gagal pertahan integriti, gesa tindakan tegas susulan RCI TH

FKAT dipastikan masuk Visit Sabah tahun hadapan

FKAT dipastikan masuk Visit Sabah tahun hadapan

SPR ingatkan larangan penggunaan telefon bimbit di saluran mengundi

SPR ingatkan larangan penggunaan telefon bimbit di saluran mengundi

GP Bahrain di SIC berlangsung sebelah petang

GP Bahrain di SIC berlangsung sebelah petang

Kenyataan itu biadab, hina institusi diraja – KDU Pas Perlis

Kenyataan itu biadab, hina institusi diraja – KDU Pas Perlis

Fahmi seru pengundi pilih pemimpin amanah pada PRN Negeri Sembilan

Fahmi seru pengundi pilih pemimpin amanah pada PRN Negeri Sembilan