PM puas hati, Projek PLSB Sungai Kelantan Fasa 1 dijangka siap Mac tahun depan

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berpuas hati dengan kemajuan Projek Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu (PLSB) Sungai Kelantan Fasa 1 di Bandar Baru Tunjong, Kota Bharu.

Projek PLSB Fasa 1 ini yang merangkumi komponen tebatan banjir, saliran mesra alam dan Living River meliputi jajahan Kota Bharu, Machang dan Tumpat dengan kos berjumlah RM699 juta dijangka mengurangkan risiko banjir sekitar 80 peratus.

“Alhamdulillah, saya berpuas hati dengan kemajuan projek ini setelah dimaklumkan bahawa ia kini berada pada tahap 94.72 peratus dan dijangka siap sekitar Mac tahun depan mengikut jadual.

“Insya-Allah apabila siap, projek ini akan memanfaatkan sekitar 95,000 penduduk di Kota Bharu, Machang dan Tumpat serta beberapa jajahan lain, selain melindungi kawasan Tunjong dan Istana Kota Lama daripada banjir kilat serta mengurangkan risiko banjir akibat limpahan air sungai,” catatnya di Facebook.

Beliau mengambil kesempatan meninjau projek berkenaan sebelum mengakhiri lawatan kerjanya di Kelantan, pada Sabtu.

Turut hadir Menteri Besar Kelantan, rakan-rakan menteri serta pimpinan kanan agensi Kerajaan Persekutuan.

Related Posts

Projek impak tinggi bukti Persekutuan tak pinggir Kelantan

KOTA BHARU – Kerajaan negeri Kelantan menyambut baik Belanjawan 2027 diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam, khususnya melibatkan beberapa projek berimpak tinggi di negeri ini. Menteri Besar Kelantan,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
MCMC siasat individu disyaki persenda ayat al-Quran

CYBERJAYA – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) merakam percakapan seorang individu bagi membantu siasatan berhubung kandungan media sosial yang disyaki menghina agama Islam. MCMC dalam kenyataan hari ini berkata,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Projek impak tinggi bukti Persekutuan tak pinggir Kelantan

Projek impak tinggi bukti Persekutuan tak pinggir Kelantan

MCMC siasat individu disyaki persenda ayat al-Quran

MCMC siasat individu disyaki persenda ayat al-Quran

Ekonomi gig buka laluan baharu kepada belia Sabah

Ekonomi gig buka laluan baharu kepada belia Sabah

Ibu bapa lega BAP naik kepada RM200, ringankan kos belanja persekolahan

Ibu bapa lega BAP naik kepada RM200, ringankan kos belanja persekolahan

Kerajaan perkenal potongan cukai khas untuk penyumbang Food Bank mulai 2027

  • By Ithma
  • October 10, 2026
Kerajaan perkenal potongan cukai khas untuk penyumbang Food Bank mulai 2027

PMK jadi medan rakyat kenali manfaat Belanjawan 2027

PMK jadi medan rakyat kenali manfaat Belanjawan 2027