Tidak melampau, Islam agama sederhana – Jakim

ISLAM adalah agama yang bersederhana iaitu tidak memberatkan namun tidak juga terlalu memudahkan.

Peringatan bertajuk ‘Larangan Melampau Dalam Beragama’ itu dikongsi menerusi hantaran Facebook Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

“Islam merupakan agama yang sederhana iaitu tidak memberatkan dan juga tidak terlalu memudahkan kepada penganutnya.

“Nabi SAW melarang kita melampau dan menyukarkan perkara dalam agama kerana ia akan membuatkan seseorang itu tewas dengan dirinya sendiri.

“Semoga Allah SWT mengurniakan kita sifat bersederhana dalam melaksanakan setiap perkara dan juga dalam menjauhkan kita daripada sifat melampau dan bermudah-mudah di dalam agama. Amin,” catatnya.

Menerusi infografik yang dipaparkan, laman Facebook rasmi Jakim itu turut menyatakan sepotong hadis sebagai rujukan.

Hadis berkenaan daripada Abu Hurairah RA bahawa Nabi SAW bersabda yang membawa maksud: “Sesungguhnya agama itu mudah, janganlah seseorang daripada kamu menyukarkan (menyulitkan urusan agama itu) melainkan kamu akan tewas” [Riwayat al-Bukhari (39)].

Seterusnya daripada Abdillah bin Mas’ud RA bahawa Nabi SAW bersabda sebanyak tiga kali ayat yang membawa maksud: “Musnahlah golongan-golongan pelampau”. [Riwayat Muslim (2670)].

Related Posts

PM Anwar selesai menghadap Tuanku Muhriz

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadap Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir, di Istana Negeri Sembilan, Changkat Persekutuan, di sini, malam ini. Anwar…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Putra gesa polis siasat MB, Exco NS berhubung penyingkiran Tuanku Muhriz

KUALA LUMPUR – Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra) menggesa polis menyiasat Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Ismail Lasim dan barisan Exco negeri itu berhubung keputusan menerima proklamasi penyingkiran Tuanku Muhriz…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PM Anwar selesai menghadap Tuanku Muhriz

PM Anwar selesai menghadap Tuanku Muhriz

Putra gesa polis siasat MB, Exco NS berhubung penyingkiran Tuanku Muhriz

Putra gesa polis siasat MB, Exco NS berhubung penyingkiran Tuanku Muhriz

Krisis Negeri Sembilan kian memuncak, Amanah cadang MB mohon bubar

Krisis Negeri Sembilan kian memuncak, Amanah cadang MB mohon bubar

Kemelut Negeri Sembilan: Raja perlu dihormati, semua tindakan mesti ikut aturan – Ibrahim Ali

Kemelut Negeri Sembilan: Raja perlu dihormati, semua tindakan mesti ikut aturan – Ibrahim Ali

Pendidikan, sosioekonomi nadi utama kelestarian komuniti Tellian

Pendidikan, sosioekonomi nadi utama kelestarian komuniti Tellian

Dari peluang kedua hingga teknologi pintar, dua graduan POLYCC buktikan kuasa TVET

Dari peluang kedua hingga teknologi pintar, dua graduan POLYCC buktikan kuasa TVET