Pembunuhan Ketua Hamas Ismail Haniyeh cetus ketegangan baharu di Timur Tengah

HARI ini, kita dikejutkan dengan berita menyedihkan tentang pembunuhan pemimpin Hamas, Ismail Haniyeh yang ketika itu berada di Tehran.

Baru semalam juga, Ismail sempat menghadiri majlis angkat sumpah Presiden Iran baharu, Masoud Pezeshkian.

Ismail yang mendapat pelindungan suaka daripada Kerajaan Republik Islam Iran sering kali menjadi sasaran pihak Zionis atas alasan mencetuskan ancaman ke atas Israel.

Bagi Iran, pembunuhan Ismail sangat mendukacitakan dan tindakan tersebut merupakan ancaman perang ke atas Iran kerana ia berlaku di negara tersebut.

Pemimpin Agung Iran, Ayatollah Ali Khamenei telah bersumpah akan membalas dendam ke atas Israel.

Bagaimanapun, rejim Zionis laknatullah sehingga hari ini tidak mengeluar apa-apa kenyataaan berkenaan pembunuhan pemimpin Hamas tersebut.

Perjuangan Ismail Haniyeh demi rakyat Palestin

Sebelum itu, kenapa Ismail menjadi sasaran Zionis dan mengapakah beliau menjadi figura yang begitu digeruni oleh rejim pengganas Zionis?

Ketika zaman Intifada yang pertama, Ismail merupakan antara individu yang bergiat aktif dalam protes menentang Israel.

Disebabkan penglibatan Ismail dalam Intifada yang pertama, beliau dihukum penjara oleh mahkamah tentera Israel.

Pada 1988, Ismail ditahan semula oleh rejim Zionis dan dimasukkan dalam penjara selama enam bulan.

Selepas itu, Ismail dibuang ke Lubnan pada 1992 bersama-sama pemimpin-pemimpin kanan Hamas lain seperti Abdel-Aziz al-Rantissi, Mamoud Zahar dan Aziz Duwaik.

Begitulah sedikit info sejarah Ismail sebelum menjadi pemimpin utama Hamas pada hari ini.

Seperti sedia maklum, Israel menerusi Perdana Menterinya, Benjamin Netanyahu bersumpah mahu menghapuskan Hamas dan Hizbullah atas serangan yang dilakukan oleh dua kumpulan tersebut pada 7 Oktober 2023.

Pemimpin Hizbullah, Fuad Shukr yang dikatakan bertanggungjawab di atas pembunuhan rakyat Israel di Bukit Golan sudah berjaya dibunuh oleh rejim pengganas Zionis.

Malah, Ismail turut dalam senarai Zionis untuk dibunuh kerana mereka bimbang Hamas bakal mengheret Iran ke kancah peperangan dengan Israel.

Tindakan pengecut rejim Zionis

Sebenarnya, rejim Israel sangat pengecut kerana menggunakan pintu belakang untuk melawan musuhnya.

Malah, Israel hanya berani membunuh penduduk Gaza yang lemah dan tidak berdosa daripada berperang dengan musuh yang lebih kuat seperti Iran dan Yaman.

Yang menyedihkan pemimpin-pemimpin Arab lain terutama dari negara Sunni hanya berdiam diri.

Hanya negara Syiah seperti Iran dan Yaman berani menentang kekejaman Israel.

Tidak lupa kepada negara Turkiye di bawah kepemimpinan Recep Tayyib Erdogan yang begitu lantang dalam menentang kezaliman Zionis.

Malah, Perdana Menteri kita Datuk Seri Anwar Ibrahim begitu lantang menentang kekejaman Zionis sehingga berjaya membukam pertanyaan daripada media Barat di Jerman.

Perdana Menteri kita juga sempat berjumpa Allahyarham Ismail Haniyeh dengan memberi sokongan padu ke atas perjuangan pembebasan rakyat Palestin.

Beliau juga mengutuk sebarang tindakan yang sangat tidak berperikemanusiaan.

Malah, Anwar berkata, serangan ke atas pemimpin Hamas akan menggagalkan sebarang usaha mencapai keamanan di Gaza.

“Jalur perjuangan ini tidak mudah kerana penindasan dan penderitaan selama berdekad lamanya ini hanya akan membenih kekuatan baharu dan semangat buat para pejuang,” kata Anwar menerusi Facebook.

Anwar berharap semangat pembebasan rakyat Palestin terutama di Gaza tidak mudah luntur dan goyah dan mesti kekal kuat mencipta kemenangan.

Semoga dunia terus membuka mata dan bersuara ke atas kezaliman yang dilakukan rejim pengganas Zionis ke atas penduduk Gaza.

Related Posts

Zool Amali dakwa UMNO gagal pertahan integriti, gesa tindakan tegas susulan RCI TH

LENGGENG – Calon Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Dewan Undangan Negeri (DUN) Lenggeng, Zool Amali Hussin mendakwa pendedahan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berkaitan Lembaga Tabung Haji (TH) membuktikan kegagalan kepimpinan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
SPR ingatkan larangan penggunaan telefon bimbit di saluran mengundi

KUALA PILAH – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengingatkan pengundi supaya tidak menggunakan telefon bimbit di saluran mengundi ketika menunaikan tanggungjawab pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan esok, selain mematuhi…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Zool Amali dakwa UMNO gagal pertahan integriti, gesa tindakan tegas susulan RCI TH

Zool Amali dakwa UMNO gagal pertahan integriti, gesa tindakan tegas susulan RCI TH

FKAT dipastikan masuk Visit Sabah tahun hadapan

FKAT dipastikan masuk Visit Sabah tahun hadapan

SPR ingatkan larangan penggunaan telefon bimbit di saluran mengundi

SPR ingatkan larangan penggunaan telefon bimbit di saluran mengundi

GP Bahrain di SIC berlangsung sebelah petang

GP Bahrain di SIC berlangsung sebelah petang

Kenyataan itu biadab, hina institusi diraja – KDU Pas Perlis

Kenyataan itu biadab, hina institusi diraja – KDU Pas Perlis

Fahmi seru pengundi pilih pemimpin amanah pada PRN Negeri Sembilan

Fahmi seru pengundi pilih pemimpin amanah pada PRN Negeri Sembilan