Murid 12 tahun mangsa amang seksual guru madrasah

MELAKA – Seorang guru agama dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, atas pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap murid perempuan berusia 12 tahun, April lalu.

Tertuduh, Muhammad Fakhrurrazi Abdul Rasid, 25, bagaimanapun mengaku tidak bersalah sejurus pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa di hadapan Hakim Rohatul Akmar Abdullah.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di Madrasah Baroqah Darul Quran Centre Taman Puncak Bukit Katil, jam 9.30 pagi hingga 11.30 pagi 21 April lalu.

Jika disabitkan kesalahan, tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 yang boleh dihukum di bawah akta yang sama.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nur Syazwanie Marizan yang tidak menawarkan wang jaminan kepada tertuduh, namun mencadangkan sebanyak RM20,000 sekiranya mahkamah ingin menggunakan budi bicara.

Tertuduh yang diwakili peguam Mohamed Musthafa bagaimanapun merayu jaminan rendah diberikan dengan alasan anak guamnya seorang guru sambilan selain telah berkeluarga serta berasal daripada keluarga susah.

Mahkamah kemudian membenarkan wang jaminan sebanyak RM12,000 dengan seorang penjamin beserta syarat tambahan tertuduh tidak boleh mengganggu saksi pendakwaan dan perlu melaporkan diri di balai polis berhampiran setiap bulan sehingga kes selesai.

Sebutan semula kes bersambung 30 Ogos ini beserta serahan dokumen.

Related Posts

90 tukun tiruan dilabuhkan di perairan Papar, manfaatkan nelayan setempat

PAPAR – Sebanyak 90 unit tukun tiruan dilabuhkan di perairan ini, bagi menyediakan habitat hidupan laut dan mewujudkan kawasan tangkapan yang lebih produktif untuk nelayan setempat. Ahli Parlimen Papar, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca
CIS digesa tetap garis masa pulih bekalan simen di Sabah

KOTA KINABALU – Cement Industries Sabah (CIS) digesa menetapkan garis masa yang jelas bagi memulihkan bekalan simen di seluruh Sabah susulan kekurangan bahan itu yang terus menjejaskan projek pembinaan dan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tarik balik kenyataan tidak memadai, persepsi rakyat perlu dipulihkan – Mahfuz

Tarik balik kenyataan tidak memadai, persepsi rakyat perlu dipulihkan – Mahfuz

PN berdepan pembatalan pendaftaran RoS?

PN berdepan pembatalan pendaftaran RoS?

Anwar hormati keputusan Anthony, beri ruang untuk berbincang

Anwar hormati keputusan Anthony, beri ruang untuk berbincang

Permohonan undi pos PRN Melaka bermula hari ini

Permohonan undi pos PRN Melaka bermula hari ini

Proses bina semula Gaza perlu disegerakan

Proses bina semula Gaza perlu disegerakan

ECRL diutamakan, projek rel baharu perlu ikut kemampuan – PM Anwar

ECRL diutamakan, projek rel baharu perlu ikut kemampuan – PM Anwar