Bank Negara rampas, sita barangan mewah dan akaun bank nilai lebih RM30 juta

BANK Negara Malaysia (BNM) merampas dan menyita pelbagai barangan mewah dan 92 akaun bank membabitkan nilai lebih RM30 juta milik syarikat pelaburan yang disyaki menjalankan aktiviti penipuan pelaburan.

BNM menerusi kenyataan memaklumkan, rampasan dan sitaan dibuat hasil operasi bersepadu di 12 premis di sekitar Lembah Klang, sejak semalam.

BNM berkata, serbuan dijalankan dengan kerjasama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN); Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN); CyberSecurity Malaysia (CSM) serta Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerusi Pusat Jenayah Kewangan Nasional (NFCC).

“Tindakan penguatkuasaan bersama diambil terhadap XFOX Market Sdn Bhd dan beberapa entiti lain kerana disyaki melakukan pelbagai kesalahan.

“Dalam serbuan itu, pelbagai dokumen dan barangan berkaitan yang diperlukan bagi membantu siasatan dirampas.

“Turut dirampas pelbagai aset terdiri daripada emas, wang tunai berjumlah lebih RM4.85 juta termasuk mata wang asing, mata wang kripto, kenderaan dan barangan mewah.

“Selain itu, 92 akaun bank berjumlah RM25.4 juta dan peti simpanan dibekukan,” menurut kenyataan itu.

BNM berkata, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 137(1) Akta Perkhidmatan Kewangan 2013; Seksyen 112 dan 113 Akta Cukai Pendapatan 1967; Seksyen 27B Akta Skim Jualan Langsung dan Anti Piramid 1993 serta Seksyen 4 (1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLA).

Katanya, operasi berkenaan adalah sebahagian daripada usaha berterusan antara agensi untuk memerangi jenayah kewangan di Malaysia.

Justeru, BNM menggesa orang ramai untuk berwaspada dan melabur dengan entiti berlesen atau berdaftar dengan pihak berkaitan.

Sebarang aktiviti mencurigakan boleh dilaporkan menerusi Pusat Panggilan BNMLink di talian 1-300-88-5465 atau eLink bnm.gov.my atau KPDN di 1-800-886-800 atau eaduan.kpdn.gov.my atau Suruhanjaya Sekuriti di talian 03-62048999 atau aduan@seccom.com.my.

Related Posts

KKM sokong penuh advokasi DPPM, utamakan pendekatan berperikemanusiaan

PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Yayasan AIDS Malaysia (MAF) menjalinkan kerjasama strategik bagi memperkukuh inisiatif serta program advokasi berkaitan Program Dasar Dadah Malaysia (DPPM). Langkah tersebut dizahirkan menerusi kunjungan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Veteran ATM disaran ceburi sektor pengangkutan selepas bersara

PUTRAJAYA – Bakal pesara Angkatan Tentera Malaysia (ATM) disarankan terus menyumbang kepada ekonomi negara melalui peluang pekerjaan dalam sektor pengangkutan selepas tamat perkhidmatan. Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

DUN Negeri Sembilan bubar Jumaat, PH tanding solo

DUN Negeri Sembilan bubar Jumaat, PH tanding solo

Kalau tidak Jumaat, Isnin DUN Negeri Sembilan dijangka bubar

Kalau tidak Jumaat, Isnin DUN Negeri Sembilan dijangka bubar

Perlis terima RM4 juta hasil hubungan baik dengan Persekutuan

Perlis terima RM4 juta hasil hubungan baik dengan Persekutuan

Kemelut SD bekas MB Perlis kembali membara

Kemelut SD bekas MB Perlis kembali membara

Pemandu mabuk bakal berdepan hukuman lebih berat

Pemandu mabuk bakal berdepan hukuman lebih berat

PBAPP laksana tarif baharu air mulai 1 Julai

PBAPP laksana tarif baharu air mulai 1 Julai