Sarawak terus jadi destinasi pilihan pelaburan utama

KUCHING – Sarawak terus menjadi destinasi pilihan utama pelaburan dengan jumlah nilai pelaburan yang diluluskan RM10.4 bilion sehingga Jun 2024.

Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hassan berkata, jumlah pelaburan tersebut diluluskan oleh Jawatankuasa Penyelerasan Perindustrian (ICC).

Menurut Awang Tengah, pelaburan langsung asing berjumlah RM5.7 bilion manakala pelaburan langsung domestik bernilai RM4.7 bilion.

“Nilai pelaburan ini berpotensi dijangka mencapai RM117.4 bilion,” ujar beliau seperti dipetik dalam laporan UKAS.

Sementara itu, Datuk Amar Awang Tengah merangkap Menteri Perdagangan Antarabangsa, Industri dan Pelaburan Sarawak mencadangkan agar Pelabuhan Senari dan Pelabuhan Miri dijadikan sebagai zon perdagangan bebas.

“Kerajaan Sarawak mencadangkan inisiatif zon bebas dan saya berterima kasih kepada kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) atas maklum balas positif mereka.

Tambah Awang Tengah, kerajaan Sarawak menumpukan perhatian kepada kedua-dua pelabuhan ini terlebih dahulu, iaitu Pelabuhan Senari dan Pelabuhan Miri, kerana terdapat keperluan yang sama seperti di Pelabuhan Bintulu dan Pelabuhan Samalaju.

Mesyuarat Jawatankuasa Bersama Penyelarasan Industri (JBI) Sarawak 2024 itu turut dihadiri Menteri MITI, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Related Posts

Zool Amali dakwa UMNO gagal pertahan integriti, gesa tindakan tegas susulan RCI TH

LENGGENG – Calon Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Dewan Undangan Negeri (DUN) Lenggeng, Zool Amali Hussin mendakwa pendedahan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berkaitan Lembaga Tabung Haji (TH) membuktikan kegagalan kepimpinan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
FKAT dipastikan masuk Visit Sabah tahun hadapan

TAWAU – Festival Kebudayaan Antarabangsa Tawau (FKAT) akan dimasukkan dalam kalendar pelancongan sempena Visit Sabah 2027. Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Negeri Sabah, Dr. Andi Md Samsureezal Mohd…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Zool Amali dakwa UMNO gagal pertahan integriti, gesa tindakan tegas susulan RCI TH

Zool Amali dakwa UMNO gagal pertahan integriti, gesa tindakan tegas susulan RCI TH

FKAT dipastikan masuk Visit Sabah tahun hadapan

FKAT dipastikan masuk Visit Sabah tahun hadapan

SPR ingatkan larangan penggunaan telefon bimbit di saluran mengundi

SPR ingatkan larangan penggunaan telefon bimbit di saluran mengundi

GP Bahrain di SIC berlangsung sebelah petang

GP Bahrain di SIC berlangsung sebelah petang

Kenyataan itu biadab, hina institusi diraja – KDU Pas Perlis

Kenyataan itu biadab, hina institusi diraja – KDU Pas Perlis

Fahmi seru pengundi pilih pemimpin amanah pada PRN Negeri Sembilan

Fahmi seru pengundi pilih pemimpin amanah pada PRN Negeri Sembilan