Kes kebakaran terbuka di Sarawak tunjuk penurunan

SIBU – Trend kes kebakaran terbuka di negeri Sarawak menunjukkan penurunan yang memberangsangkan, lapor Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Negeri Sarawak.

Menurut statistik yang dikeluarkan oleh JBPM Sarawak bagi tempoh 22 hingga 29 Julai 2024, terdapat tanda-tanda positif dari segi kes kebakaran terbuka yang direkodkan.

“Penurunan kes dicatatkan sebanyak 46 peratus pada 29 Julai 2024 berbanding jumlah yang direkodkan pada 28 Julai 2024.

“Antara faktor yang dikenal pasti yang mendorong kepada penurunan kes kebakaran terbuka ialah faktor hujan di beberapa kawasan di Negeri Sarawak yang menyebabkan keadaan hutan atau belukar menjadi lembap dan sekaligus melambatkan proses pembakaran,” katanya.

Selain itu, peranan pihak media yang menyiarkan artikel berkenaan kesan buruk aktiviti pembakaran dalam pelbagai medium dari media cetak sehingga ke platform media sosial berjaya menimbulkan kesedaran masyarakat untuk mengawal aktiviti pembakaran terbuka.

Tambahan pula, peranan dari Pasukan Bomba Sukarela khususnya bagi kawasan yang jauh dari Balai Bomba dan Penyelamat membantu jabatan mengurangkan kes kebakaran terbuka.

“Sebanyak 59 Pasukan Bomba Sukarela dikerahkan untuk memantau dan memberi nasihat kepada penduduk agar tidak melakukan pembakaran terbuka.

“Bagi tempoh lapan hari yang telah direkodkan, Bahagian Kuching telah menunjukkan jumlah kes kebakaran terbuka yang tinggi iaitu sebanyak 20 kes diikuti oleh Bahagian Miri 16 kes dan Bahagian Mukah sebanyak 12 kes.

“Namun, tiada kes kebakaran terbuka sepanjang tempoh cuaca panas dan kering ini dilaporkan daripada Bahagian Kapit,” katanya lagi.

Related Posts

Rakyat Pahang perlu ambil peluang sertai program publisiti draf Rancangan Struktur negeri

KUANTAN – Semua rakyat negeri ini diseru mengambil peluang menyertai Program Publisiti dan Penyertaan Awam Draf Rancangan Struktur Negeri Pahang 2040 (Kajian Semula) bagi memastikan setiap perancangan pembangunan yang dirangka…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Polis klasifikasikan penemuan tulang sebagai kes bunuh

KANGAR – Polis mengklasifikasikan semula siasatan melibatkan penemuan rangka manusia di Bohor Mali di sini sebagai kes bunuh selepas penemuan kedua beberapa tulang dipercayai milik manusia di lokasi sama semalam.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Rakyat Pahang perlu ambil peluang sertai program publisiti draf Rancangan Struktur negeri

Rakyat Pahang perlu ambil peluang sertai program publisiti draf Rancangan Struktur negeri

Polis klasifikasikan penemuan tulang sebagai kes bunuh

Polis klasifikasikan penemuan tulang sebagai kes bunuh

Nurul Izzah diberi cuti sementara, Saifuddin jalankan tugas Timbalan Presiden PKR – Fahmi

Nurul Izzah diberi cuti sementara, Saifuddin jalankan tugas Timbalan Presiden PKR – Fahmi

Kerajaan Perpaduan kekal stabil, perkembangan politik negeri tidak jejas kerjasama – Fahmi

Kerajaan Perpaduan kekal stabil, perkembangan politik negeri tidak jejas kerjasama – Fahmi

Syariat atau tidak bukan alasan sindir orang lain – Faiz

Syariat atau tidak bukan alasan sindir orang lain – Faiz

Kembara Merdeka Jalur Gemilang semarak patriotisme, perpaduan rakyat

Kembara Merdeka Jalur Gemilang semarak patriotisme, perpaduan rakyat