UMNO yakin boleh menang di Nenggiri

GUA MUSANG – UMNO akan memastikan parti itu dapat menawan kembali Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri pada Pilihan Raya Kecil (PRK) bulan depan.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, sekiranya calon UMNO dipilih, ia bakal memudahkan penduduk di Gua Musang khususnya di DUN Nenggiri.

“Sudah tentu sekiranya pengundi di DUN Nenggiri memilih calon Barisan Nasional (BN), Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani, hubungan penduduk Gua Musang dan Nenggiri lebih rapat dengan Kerajaan Pusat.

“Calon kita mewakili Kerajaan Pusat, manakala calon Perikatan Nasional (PN) hanya mewakili kerajaan negeri. Pengundi harus sedar, kerajaan negeri tidak mempunyai duit.

“Hanya Kerajaan Pusat saja yang mempunyai duit. Kita yakin pengundi DUN Nenggiri akan memberi mandat kepada kita pada 17 Ogos nanti,” katanya.

Beliau berkata demikian berucap pada Majlis Pelancaran Jentera BN yang dirasmikan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, lapor Berita Harian.

Ahmad berkata, Timbalan Perdana Menteri juga akan merasmikan majlis pecah tanah dan menyiapkan jalan perhubungan desa Orang Asli.

Katanya, kerja berkenaan membabitkan nilai RM190 juta itu akan dimulakan esok dan sudah tentu ia memberi kemudahan kepada Orang Asli di Nenggiri dan Gua Musang.

“Pada masa sama, saya meminta semua jentera bekerja kuat untuk memastikan kemenangan calon kita.

“Bagi jentera wanita, jangan hanya melakukan ziarah kasih, sebaliknya perbanyakkan ziarah mesra terhadap individu yang berpengaruh.

“Untuk jentera lelaki pula, perbanyakkan ceramah kelompok dan pastikan dapat menarik mereka yang berada di atas pagar,” katanya.

Related Posts

“Game Is On!” – Anthony Loke isyarat PH sedia hadapi PRN serentak Johor, Negeri Sembilan

BATU PAHAT – Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dan Negeri Sembilan yang dijangka berlangsung serentak disifatkan sebagai detik penting bagi memastikan kesinambungan kestabilan politik negara serta mengukuhkan Kerajaan Perpaduan di…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Johor perlukan kestabilan, Malaysia perlukan kesinambungan – Presiden AMANAH

BATU PAHAT – Johor memerlukan kestabilan politik manakala Malaysia pula perlu kepada kesinambungan dasar bagi memastikan pembangunan negara dapat diteruskan tanpa gangguan ketidaktentuan politik, kata Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH),…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sambutan Hari Gawai DUN Kabong meriah, perkukuh perpaduan masyarakat

Sambutan Hari Gawai DUN Kabong meriah, perkukuh perpaduan masyarakat

“Game Is On!” – Anthony Loke isyarat PH sedia hadapi PRN serentak Johor, Negeri Sembilan

“Game Is On!” – Anthony Loke isyarat PH sedia hadapi PRN serentak Johor, Negeri Sembilan

Johor perlukan kestabilan, Malaysia perlukan kesinambungan – Presiden AMANAH

Johor perlukan kestabilan, Malaysia perlukan kesinambungan – Presiden AMANAH

Anwar tekankan kepentingan teknologi, nilai kemanusiaan dan tolak politik perpecahan

Anwar tekankan kepentingan teknologi, nilai kemanusiaan dan tolak politik perpecahan

Pembahagian kerusi PH Johor selesai, tunggu lampu hijau Anwar

Pembahagian kerusi PH Johor selesai, tunggu lampu hijau Anwar

Aminuddin kecewa dikhianati hingga DUN Negeri Sembilan dibubar

Aminuddin kecewa dikhianati hingga DUN Negeri Sembilan dibubar