Kukuh pemahaman bersama, elak salah faham – PM

SESI libat urus antara kaum dan agama perlu lebih banyak dianjurkan bagi memperkukuh kesefahaman bersama.

Menerusi hantaran Facebook, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa ia juga dapat mengelakkan timbulnya salah faham.

“Dalam ucapan, saya singgung kepentingan mengadakan lebih banyak sesi libat urus antara umat Islam dan masyarakat lain untuk memperkukuh pemahaman bersama dan mengelakkan salah faham yang boleh menjurus kepada Islamofobia.

“Salah faham, penyebaran maklumat tidak tepat, dan penolakan terhadap kebenaran yang membawa kepada Islamofobia tidak seharusnya berlaku dalam era kecanggihan dan kecepatan teknologi global,” catatnya.

Perkongsian itu merupakan antara isi kandungan ucapannya ketika hadir di Persidangan Dunia Mengenai Pemikiran dan Peradaban Islam ke-7 di Casuarina Convention Centre, Ipoh pada Isnin.

Beliau turut merafak sembah dan menjunjung kasih atas Titah Diraja Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Al-Marhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah yang hadir pada majlis tersebut.

Tambahnya, dialog dan persidangan terkait perkara Islam amat dianjurkan kerana ia sangat relevan bukan sahaja di Malaysia, malah di seluruh rantau ini bagi memperkukuh kefahaman antara satu sama lain dan menghargai perbezaan.

Related Posts

PRU16 wajar selepas rakyat rasai kesan pemulihan ekonomi – Hassan Karim

AHLI Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim menggesa PKR supaya tidak berputus asa susulan kekalahan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan, sebaliknya bangkit menyusun semula strategi bagi menghadapi Pilihan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PMK 2026 himpun pelbagai agensi, mudahkan rakyat akses perkhidmatan

SHAH ALAM – Program MADANI Kita (PMK) 2026 menjadi platform penting untuk memastikan dasar dan inisiatif kerajaan bukan sekadar diumumkan, sebaliknya dapat dirasai secara langsung oleh rakyat melalui penyampaian pelbagai…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

KPM salur RM12.3 juta perkasa 123 sekolah di Perak

KPM salur RM12.3 juta perkasa 123 sekolah di Perak

Pemimpin politik perlu hormat peranan institusi Raja – Syahredzan

Pemimpin politik perlu hormat peranan institusi Raja – Syahredzan

Hari Wanita Saratok sasar perkasa wanita dalam ekonomi digital

Hari Wanita Saratok sasar perkasa wanita dalam ekonomi digital

Polis tumpas pengedaran lebih 329kg dadah bernilai hampir RM18 juta

Polis tumpas pengedaran lebih 329kg dadah bernilai hampir RM18 juta

Rohingya: Selangor selaras tindakan bersama PBT, JIM dan agensi berkaitan

Rohingya: Selangor selaras tindakan bersama PBT, JIM dan agensi berkaitan

Infantino bakal terlepas gaji lumayan

Infantino bakal terlepas gaji lumayan