Peras ugut warga asing, dua anggota polis ditahan

KAJANG – Dua anggota polis ditahan kerana dipercayai melakukan pemerasan ke atas seorang lelaki warga asing di Jalan Taming Sari, di sini.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, pihaknya ada menerima satu laporan daripada seorang lelaki warga asing berhubung video tular memaparkan kejadian pemerasan wang oleh dua anggota yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang.

Beliau berkata, hasil semakan video yang tular tersebut, ia membawa kepada penahanan dua anggota polis dan satu kertas siasatan dibuka di bawah Seksyen 384 Kanun Keseksaan.

“Jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua daripada hukuman tersebut.

“Kedua-dua suspek direman dua hari bermula Isnin bagi tujuan siasatan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Tegas beliau, polis kontinjen Selangor tidak akan melindungi mana-mana pegawai kanan polis mahupun pegawai rendah yang didapati terlibat dalam kesalahan jenayah.

Menurut beliau, siasatan akan dijalankan sepenuhnya mengikut jenayah yang dilakukan tanpa kompromi.

Related Posts

Lima mangsa nahas helikopter ditemukan dalam bangkai pesawat

MIRI – Kesemua lima individu yang menaiki helikopter berdaftar 9M-LLF ditemukan maut di dalam bangkai pesawat yang terhempas dan terbakar di hujung landasan Lapangan Terbang Long Lellang pada petang Selasa.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PDRM tahan lima individu termasuk bekas pengerusi TH
  • AdenAden
  • September 9, 2026

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan lima individu semalam bagi membantu siasatan berkaitan kes melibatkan Tabung Haji (TH) termasuk bekas pengerusinya. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Datuk Rusdi…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Lima mangsa nahas helikopter ditemukan dalam bangkai pesawat

Lima mangsa nahas helikopter ditemukan dalam bangkai pesawat

PDRM tahan lima individu termasuk bekas pengerusi TH

  • By Aden
  • September 9, 2026
PDRM tahan lima individu termasuk bekas pengerusi TH

Tidak benar Ismail letak jawatan Menteri Besar Negeri Sembilan

Tidak benar Ismail letak jawatan Menteri Besar Negeri Sembilan

Di Malaysia PM tolak gaji, di Singapura nilai gaji PM melonjak 64 peratus

Di Malaysia PM tolak gaji, di Singapura nilai gaji PM melonjak 64 peratus

Merdeka bukan lesen memutar sejarah, Islam terpelihara rekod politik wajar dinilai

Merdeka bukan lesen memutar sejarah, Islam terpelihara rekod politik wajar dinilai

Persiapan Sambutan Hari Malaysia Ke-63 di Sabah giat diselaraskan

  • By Ezmie
  • September 9, 2026
Persiapan Sambutan Hari Malaysia Ke-63 di Sabah giat diselaraskan