Pahang peruntuk lebih RM3 juta perkasa golongan belia

KUANTAN – Komited bagi memperkasakan golongan belia, Kerajaan Pahang memperuntukkan lebih RM3 juta tahun ini bagi melaksanakan pelbagai program pembangunan dalam memperkukuh potensi modal insan golongan itu.

Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi dan Multimedia, Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan negeri, Fadzli Mohamad Kamal berkata, peruntukan itu disalurkan melalui Jabatan Belia dan Sukan Pahang, Majlis Belia Pahang serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO) negeri.

Beliau berkata, peruntukan besar itu merupakan langkah jitu kerajaan negeri untuk melaksanakan pelbagai program pembangunan belia merangkumi kepimpinan belia, kesukarelawanan, keusahawanan, teknokrat dan sukan yang dikenal pasti mampu memperkasakan golongan terbabit untuk lebih berdaya saing.

“Belanja yang cukup besar ini diperuntukkan bukan sahaja bagi memenuhi keperluan dan minat pelbagai kelompok dan segmen belia, tetapi juga untuk menyediakan generasi pewaris yang berdaya saing, berdisiplin dan berketahanan yang boleh disandar untuk memimpin negeri ini pada masa hadapan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pengurniaan Anugerah Perdana Belia Negara Peringkat Negeri Pahang dan Anugerah Khas Belia Kerajaan Negeri Pahang 2024 di sini pada Ahad.

Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah berkenan berangkat ke majlis itu bagi menyempurnakan penyampaian anugerah.

Penerima Anugerah Khas Belia Orang Kurang Upaya (OKU) Siti Hawa Apandi, 35, berkata dia tidak menyangka usahanya membangkitkan kesedaran dalam kalangan masyarakat akan kepentingan penyediaan fasiliti mesra OKU melayakkannya untuk menerima anugerah itu.

“Sebagai OKU spinal muscular atrophy yang perlu menggunakan kerusi roda untuk bergerak, saya dapati masih banyak lagi tempat yang tidak mesra OKU, misalnya keluasan tempat letak kenderaan yang tidak sesuai untuk mereka yang berkerusi roda.

“Menerusi Kelab Damai dan dengan kerjasama unit perkhidmatan OKU Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA), kami aktif meningkatkan kesedaran menerusi pelbagai program webinar,” katanya yang merupakan naib presiden kelab itu dan pelajar Ijazah Doktor Falsafah (PhD) UMPSA.

Mejar Dr Hafiz Zulariffin Zulkarnain, 33, yang menerima Anugerah Khas Diraja berkata beliau tidak menyangka mendapat anugerah itu daripada kerajaan Pahang.

“Saya kini bertugas di Lubnan sebagai Pegawai Perubatan Kanan MALBAT 85011. Saya baru sampai pagi semalam dan tidak jangka menerima anugerah ini,” katanya yang telah berkhidmat selama sembilan bulan di Lubnan.

Related Posts

Mahfuz gesa MB Negeri Sembilan nilai semula kedudukan, pulihkan kepercayaan istana

NAIB Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Mahfuz Omar berpandangan perkembangan politik di Negeri Sembilan ketika ini mencerminkan krisis kepercayaan yang semakin serius antara kerajaan negeri, institusi raja dan perkhidmatan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PH terbuka rundingan hadapi PRN Melaka

HANGZHOU – Pakatan Harapan (PH) terbuka untuk mengadakan rundingan dengan mana-mana parti politik bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka. Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, keterbukaan itu penting…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Mahfuz gesa MB Negeri Sembilan nilai semula kedudukan, pulihkan kepercayaan istana

Mahfuz gesa MB Negeri Sembilan nilai semula kedudukan, pulihkan kepercayaan istana

PH terbuka rundingan hadapi PRN Melaka

PH terbuka rundingan hadapi PRN Melaka

Kemelut Negeri Sembilan: MB, Exco tiada mandat pertikai kedudukan Tuanku Muhriz – PM

Kemelut Negeri Sembilan: MB, Exco tiada mandat pertikai kedudukan Tuanku Muhriz – PM

Lelaki 30-an maut disyaki terkena renjatan elektrik

  • By Fatin
  • September 23, 2026
Lelaki 30-an maut disyaki terkena renjatan elektrik

JPS digesa laksana penyelenggaraan kolam takungan secara berkala

JPS digesa laksana penyelenggaraan kolam takungan secara berkala

Geran interim RM1.5 bilion pemangkin pembangunan pedalaman Sarawak

Geran interim RM1.5 bilion pemangkin pembangunan pedalaman Sarawak