Tiada keperluan untuk Gerakan berkempen di Nenggiri

PARTI Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) akan turun berkempen pada Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Nenggiri 17 Ogos depan jika diminta rakan komponennya dalam Perikatan Nasional (PN).

Bagaimanapun kata Presidennya, D Datuk Dr Dominic Lau, berkata buat masa ini tidak keperluan untuk parti itu turun ke Nenggiri.

Apatah lagi demografi pengundi Cina di kawasan itu hanya 0.2 peratus manakala pengundi India pula 0.02 peratus.

“Jika lihat kepada peratusan pengundi ini, peranan Gerakan pada PRK Nenggiri di kawasan Kelantan ini sangat sedikit.

“Tetapi jika diminta oleh parti komponen dalam Perikatan Nasional (PN), Gerakan akan sedia turun membantu kempen di sana,” katanya kepada pemberita selepas mesyuarat Ahli Jawatankuasa Pusat Gerakan di Menara PGRM, di Cheras, hari ini.

Sebelum ini, sebuah portal media melaporkan Pengarah Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Nenggiri bagi BN, Tengku Razaleigh Hamzah meminta DAP supaya tidak turun berkempen di Nenggiri.

Bagaimanapun, Ku Li yang juga Ketua UMNO Gua Musang hari ini dilaporkan menafikan perkara tersebut dan menjelaskan beliau tidak mempunyai kuasa untuk menghalang mana-mana pihak daripada turun berkempen sama ada di Nenggiri atau di mana-mana kawasan.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), menetapkan PRK DUN Nenggiri pada 17 Ogos depan dengan tarikh penamaan calon ditetapkan pada 3 Ogos manakala hari mengundi awal 13 Ogos.

Related Posts

Peluang terakhir BN: PH Johor sedia tanding semua kerusi jika rundingan gagal

PULAI – Pakatan Harapan (PH) Johor memberi amaran jelas kepada Barisan Nasional (BN) bahawa peluang untuk membentuk kerjasama politik menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor kini berada di penghujungnya, susulan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Tindakan lepas kerusi Parlimen perlu ambil kira suara pengundi

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen disaran menamatkan tempoh perkhidmatan masing-masing sehingga Parlimen dibubarkan dan tidak mengambil keputusan mengosongkan kerusi ketika penggal masih berbaki. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

12 Inisiatif Hari Guru: KGBS puji komitmen KPM, sedia jalin kerjasama

12 Inisiatif Hari Guru: KGBS puji komitmen KPM, sedia jalin kerjasama

Remaja 19 tahun didakwa seleweng 3,455 liter diesel tanpa permit

Remaja 19 tahun didakwa seleweng 3,455 liter diesel tanpa permit

Peluang terakhir BN: PH Johor sedia tanding semua kerusi jika rundingan gagal

Peluang terakhir BN: PH Johor sedia tanding semua kerusi jika rundingan gagal

Tindakan lepas kerusi Parlimen perlu ambil kira suara pengundi

Tindakan lepas kerusi Parlimen perlu ambil kira suara pengundi

Hubungan Malaysia-India terus diperkasa demi manfaat bersama

Hubungan Malaysia-India terus diperkasa demi manfaat bersama

RUU pengasingan peranan AG, pendakwa raya dijangka dibawa ke Parlimen Jun ini

RUU pengasingan peranan AG, pendakwa raya dijangka dibawa ke Parlimen Jun ini