Fadhli jangan melampau, semarak perpecahan kaum berkaitan isu arak

PUTRAJAYA – Percanggahan pendapat antara Gerakan dan Pas berhubung isu sumbangan syarikat arak kepada sekolah perlu dibincangkan secara terperinci oleh pimpinan tertinggi Perikatan Nasional (PN).

Ketua Penerangan Parti Gerakan, Wendy Subramaniam berkata, partinya menghormati pendirian politik dan perjuangan Pas dalam isu itu namun perlu juga menghormati dan memahami hak setiap kaum yang ada di Malaysia.

Beliau menyifatkan kenyataan Ahmad Fadhli Shaari berhubung Pas tidak akan bersama Gerakan pada Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) akan datang hanya kerana pendirian Gerakan yang menyokong isu derma syarikat arak kepada sekolah hanyalah bersifat peribadi.

“Kita hormat, akan tetapi kita ketengahkan pendapat. Tidak dapat dielakkan bahawa parti-parti komponen akan mempunyai pandangan berbeza mengenai beberapa isu, dasar, atau kejadian, tetapi akhirnya, ia harus dibincangkan dalam pimpinan tertinggi PN untuk mencari titik persamaan yang boleh diterima oleh semua.

“Mana-mana parti yang ingin memenangi kuasa Pusat harus mendapatkan sokongan pengundi dari semua kaum dan menerima hakikat pembentukan masyarakat majmuk. PN dari mulanya mengamalkan persefahaman kolektif dan kami percaya perdebatan ini mempunyai asasnya tersendiri,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Terdahulu, Fadhli memaklumkan pendirian rasmi dikeluarkan Gerakan dalam isu derma kepada sekolah daripada hasil arak sangat mengecewakan.

Mengulas mengenai isu sumbangan daripada syarikat minuman keras, Wendy menekankan Gerakan tetap berpegang kepada pendirian bahawa Kerajaan Perpaduan harus melonggarkan garis panduan dan membenarkan sekolah-sekolah Cina bebas memilih rakan kongsi untuk menganjurkan aktiviti.

“Pendidikan perlu diutamakan, selagi bantuan tersebut tidak menganggu pelajaran anak-anak kita, maka selagi itu tidak salah kepada mana-mana sumbangan memasuki perkarangan sekolah, noktah,” tegasnya.

Jelasnya, sekolah-sekolah jenis Cina terpaksa mengumpul dana sendiri disebabkan oleh peruntukan yang kurang mencukupi daripada pihak kerajaan, maka bagi keperluan perbelanjaan pembangunan, mereka terpaksa mendapatkan dana luar.

“Kita tidak membangkang bahawa parti komponen PN mempunyai pandangan berbeza terhadap pendirian Gerakan dalam isu ini. Lantaran itulah, Presiden Gerakan, Datuk Dr Dominic Lau Hoe Chai, memutuskan untuk membawa perkara ini ke mesyuarat pimpinan tertinggi PN dan bukannya membuat kenyataan sembarangan.

“Adanya pihak yang tak mampu jaga komponen sendiri, sampaikan setiausaha politik kena ketuk kepala mereka. Nasihat saya jangan cuba nak mengapi-apikan persefahaman dalam kalangan PN, “forget about it“. Kalau ada perbezaan, dalam PN kita duduk dan berbincang, serta selesaikannya,” katanya.

Related Posts

Onn Hafiz angkat amanah baharu, Johor isytihar cuti peristiwa 13 Julai

JOHOR BAHRU – Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi menzahirkan rasa syukur dan menjunjung kasih kepada Ke bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Onn Hafiz sah angkat sumpah Menteri Besar Johor, terajui pentadbiran penggal baharu

JOHOR BAHRU – Pengerusi Barisan Nasional (BN) Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi, hari ini secara rasmi mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Johor bagi penggal pentadbiran baharu selepas mendapat perkenan Pemangku…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Program Ngiling Bidai perkukuh kerjasama korporat dan komuniti di Telang Usan

Program Ngiling Bidai perkukuh kerjasama korporat dan komuniti di Telang Usan

Onn Hafiz angkat amanah baharu, Johor isytihar cuti peristiwa 13 Julai

Onn Hafiz angkat amanah baharu, Johor isytihar cuti peristiwa 13 Julai

RSEA gesa reformasi keselamatan jalan raya, saman dan kompaun tidak mencukupi

RSEA gesa reformasi keselamatan jalan raya, saman dan kompaun tidak mencukupi

Onn Hafiz sah angkat sumpah Menteri Besar Johor, terajui pentadbiran penggal baharu

Onn Hafiz sah angkat sumpah Menteri Besar Johor, terajui pentadbiran penggal baharu

DBKL: PPR Desa Tun Razak terima RM9.62 juta untuk naik taraf

DBKL: PPR Desa Tun Razak terima RM9.62 juta untuk naik taraf

‘Terima kasih Pulai Sebatang’, Haniff Hosman hargai sokongan pengundi dan tekad terus berbakti

‘Terima kasih Pulai Sebatang’, Haniff Hosman hargai sokongan pengundi dan tekad terus berbakti