Politeknik Kota Melaka bakal berwajah baharu

ALOR GAJAH – Politeknik Melaka yang beroperasi di Plaza Pandan, Malim di sini sejak hampir 20 tahun lalu bakal dinaiktaraf apabila ianya akan dipindahkan ke Kuala Sungai Baru bersebelahan Universiti Islam Melaka (UNIMEL).

Projek perpindahan yang telah dibincangkan dalam fasa akhir itu akan melonjakkan kawasan utara Melaka khususnya Kuala Sungai Baru sebagai hab pendidikan dan penyelidikan di negeri ini.

Naib Canselor Universiti Islam Melaka (UNIMEL), Prof Datuk Dr Taib Dora berkata, kampus baharu yang dicadangkan pembinaannya bersebelahan UNIMEL itu akan dimuktamadkan tidak lama lagi selepas kunjungan Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zaini Ujang ke UNIMEL baru-baru ini.

“Kita jangka projek atas tanah seluas 11 hektar bersebelahan UNIMEL yang dijual kepada Politeknik Melaka akan bermula pada November ini dan mengambil masa sekitar setahun untuk disiapkan.

“Perkongsian kemudahan yang dirancang ialah dewan, tempat penginapan yang mampu menempatkan sekitar 7,000 pelajar, bilik kuliah, stadium dan perpustakaan,” katanya.

Beliau mengulas kepada pemberita semalam seusai majlis Pelancaran Israr Corner, Perasmian Institut Kajian Tuah dan Majlis Menandatangani Surat Niat Bersempena Sambutan Ulang Tahun ke-30 UNIMEL di universiti tersebut yang dirasmikan oleh Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.

Mengulas lanjut, Taib berkata perkongsian ini juga dilihat akan membawa impak positif dalam bidang pengajian dan penyelidikan bagi kedua-dua institusi dalam penggunaan teknologi tinggi.

Related Posts

Undang Yang Empat sedia runding dengan Tuanku Muhriz berhubung krisis takhta

SEREMBAN – Undang Yang Empat, termasuk tiga yang dipertikaikan, bersama Tunku Besar Tampin menyambut baik sebarang ruang perundingan dengan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir berhubung urusan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Maritim Sandakan rampas aset lebih RM508,000, tahan 10 individu

SANDAKAN – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Sandakan menahan 10 individu dan merampas aset bernilai RM508,352.50 dalam empat kes penguatkuasaan berasingan di sekitar Sandakan, pada Rabu. Pengarah…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Undang Yang Empat sedia runding dengan Tuanku Muhriz berhubung krisis takhta

Undang Yang Empat sedia runding dengan Tuanku Muhriz berhubung krisis takhta

Maritim Sandakan rampas aset lebih RM508,000, tahan 10 individu

  • By Fandi
  • October 15, 2026
Maritim Sandakan rampas aset lebih RM508,000, tahan 10 individu

Jerebu: Semua sekolah bawah lapan PPD di Selangor ditutup esok, UASA ditangguh

Jerebu: Semua sekolah bawah lapan PPD di Selangor ditutup esok, UASA ditangguh

ADUN Tellian gesa tindakan tegas gempur dadah sintetik, judi dalam talian

ADUN Tellian gesa tindakan tegas gempur dadah sintetik, judi dalam talian

Miliki 120 telur penyu, lelaki dipenjara setahun, denda RM50,000

  • By Fandi
  • October 15, 2026
Miliki 120 telur penyu, lelaki dipenjara setahun, denda RM50,000

Jerebu rentas sempadan: Kerajaan sudah usaha sedaya mungkin – Anwar

Jerebu rentas sempadan: Kerajaan sudah usaha sedaya mungkin – Anwar