Bendera Ibu Pertiwi simbol kemegahan Sarawak

KUCHING – Upacara menaikkan bendera Ibu Pertiwi mampu merangsangkan sektor pelancongan di sekitar Kuching.

Menurut Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg, acara tersebut dapat menarik perhatian pengunjung untuk menyaksikan upcara menaikan bendera Ibu Pertiwi.

“Upacara ini sekali gus dapat memberi inspirasi kepada rakyat Sarawak terutama generasi muda dalam memacukan pembangunan Sarawak sebagai wilayah maju dan makmur,” katanya memetik laporan UKAS.

Menerusi mercu tanda baharu iaitu Bendera Ibu Pertiwi, Dataran Ibu Pertiwi menjadi lokasi tumpuan untuk aktiviti riadah serta pemandangan yang menarik dan serba moden.

Selain itu, Bendera Ibu Pertiwi juga menjadi simbol kebanggaan dan kedaulatan Sarawak.

Turut hadir, Timbalan-Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, Datuk Amar Professor Dr Sim Kui Hian, Speaker Dewan Undangan Negeri Sarawak, Tan Sri Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nasar, Menteri-Menteri Kabinet Sarawak, Setiausaha Kerajaan Sarawak, Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki, Timbalan-Timbalan Menteri Kabinet Sarawak serta tetamu-tetamu kehormat yang lain.

Untuk makluman, Bendera Ibu Pertiwi sepanjang 25 meter dan selebar 12.5 meter menjadin antara mercu utama Kuching dan merupakan tertinggi di Asia Tenggara menurut catatan Malaysia Book of Records (MBOR).

Related Posts

Young Syefura kecewa penerima bantuan curi barangan milik pegawai

BENTONG – Ahli Parlimen Bentong, Young Syefura Othman kesal dengan tindakan seorang individu yang didakwa mencuri selepas menerima bantuan di pejabatnya, semalam. Menurutnya, kejadian itu berlaku ketika pegawai di pejabatnya…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Surau Ad-Dhuha lokasi Reachout Komuniti Sungai Lembing

KUANTAN – Seramai 50 sukarelawan menyertai program Reachout Komuniti di Surau Ad-Dhuha, Kuala Kenau, dekat sini, hari ini. Program itu anjuran bersama Majlis Tindakan Sosial Pahang (MTSP) Paya Besar, Majlis…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Young Syefura kecewa penerima bantuan curi barangan milik pegawai

Young Syefura kecewa penerima bantuan curi barangan milik pegawai

Surau Ad-Dhuha lokasi Reachout Komuniti Sungai Lembing

Surau Ad-Dhuha lokasi Reachout Komuniti Sungai Lembing

RM50 juta dana PTPK sokong pelaksanaan TVET 2.0

RM50 juta dana PTPK sokong pelaksanaan TVET 2.0

Trump arah ketua perisikan sementara pecat kakitangan

Trump arah ketua perisikan sementara pecat kakitangan

Orang politik tunggang krisis diraja Negeri Sembilan?

Orang politik tunggang krisis diraja Negeri Sembilan?

PKR Masjid Tanah tampil calon muda, bukti komitmen bawa perubahan 

PKR Masjid Tanah tampil calon muda, bukti komitmen bawa perubahan