Dua maut kemalangan libatkan treler, pacuan empat roda

TEMERLOH – Dua maut manakala lima lagi cedera dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Jalan Lanchang-Mentakab di sini, pada Sabtu.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Zulfadli Zakaria memberitahu, kemalangan membabitkan sebuah pacuan empat roda jenis Toyota Hilux dan treler.

Menurutnya, pihak bomba menerima panggilan kecemasan pada jam 12.47 tengah hari.

“Lima anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Penyelamat bersama sebuah jentera dikerahkan ke tempat kejadian.

“Sebaik tiba di tempat kejadian mendapati dua lelaki dewasa iaitu pemandu dan penumpang tersepit dalam Hilux terbabit,” katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Ujarnya, mangsa yang tersepit berjaya dikeluarkan menggunakan peralatan menyelamat.

Jelas Zulfadli, kedua-dua mangsa disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

“Terdapat dua lagi penumpang iaitu seorang lelaki dewasa dan kanak-kanak lelaki cedera dihantar ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Temerloh oleh orang awam.

“Tiga lagi lelaki dewasa yang cedera dihantar ke hospital menaiki ambulan KKM dan pihak Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM),” tambahnya.

Related Posts

Mahfuz gesa MB Negeri Sembilan nilai semula kedudukan, pulihkan kepercayaan istana

NAIB Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Mahfuz Omar berpandangan perkembangan politik di Negeri Sembilan ketika ini mencerminkan krisis kepercayaan yang semakin serius antara kerajaan negeri, institusi raja dan perkhidmatan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PH terbuka rundingan hadapi PRN Melaka

HANGZHOU – Pakatan Harapan (PH) terbuka untuk mengadakan rundingan dengan mana-mana parti politik bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka. Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, keterbukaan itu penting…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Mahfuz gesa MB Negeri Sembilan nilai semula kedudukan, pulihkan kepercayaan istana

Mahfuz gesa MB Negeri Sembilan nilai semula kedudukan, pulihkan kepercayaan istana

PH terbuka rundingan hadapi PRN Melaka

PH terbuka rundingan hadapi PRN Melaka

Kemelut Negeri Sembilan: MB, Exco tiada mandat pertikai kedudukan Tuanku Muhriz – PM

Kemelut Negeri Sembilan: MB, Exco tiada mandat pertikai kedudukan Tuanku Muhriz – PM

Lelaki 30-an maut disyaki terkena renjatan elektrik

  • By Fatin
  • September 23, 2026
Lelaki 30-an maut disyaki terkena renjatan elektrik

JPS digesa laksana penyelenggaraan kolam takungan secara berkala

JPS digesa laksana penyelenggaraan kolam takungan secara berkala

Geran interim RM1.5 bilion pemangkin pembangunan pedalaman Sarawak

Geran interim RM1.5 bilion pemangkin pembangunan pedalaman Sarawak