Polis tahan lelaki tunjuk kemaluan di pejabat

AMPANG – Padah berkelakuan tidak senonoh, seorang lelaki ditahan pihak polis pada Isnin akibat menunjukkan kemaluan ke arah rakan sekerja wanita dalam kejadian dekat Putra Plaza, 12 Julai lalu.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail berkata, pihaknya sebelum itu menerima laporan daripada mangsa yang merupakan wanita warga tempatan berumur 44 tahun.

“Dalam kejadian kira-kira jam 9.15 pagi itu, wanita itu mendakwa suspek bertindak membuka seluar dan menunjukkan kemaluannya kepada mangsa ketika berada di pejabat bangunan berkenaan.

“Mangsa yang panik kemudiannya bertindak melarikan diri ke tempat parkir kereta,” katanya menerusi kenyataan pada Rabu.

Katanya, suspek berumur 48 tahun yang bertugas sebagai pembantu operasi syarikat ditahan kira-kira jam 5.30 petang.

“Suspek bagaimanapun didapati bebas daripada sebarang pengaruh dadah menerusi ujian saringan air kencing yang dijalankan,” katanya.

Menurutnya, kes disiasat di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955.

Related Posts

Kerajaan gesa Zionis bebaskan 25 rakyat Malaysia sertai GSF 2.0

SUBANG – Kementerian Luar menggesa rejim Zionis segera membebaskan 25 rakyat Malaysia yang ditahan ketika menyertai misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) 2.0 ke Gaza di perairan antarabangsa berhampiran Cyprus.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kerajaan terus bantu PKS depani tekanan ekonomi global – PM

KUALA LUMPUR – Kerajaan akan terus memastikan sektor perusahaan kecil dan sederhana (PKS) mendapat sokongan sewajarnya bagi menghadapi tekanan kos operasi serta ketidaktentuan rantaian bekalan global. Perdana Menteri, Datuk Seri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kerajaan gesa Zionis bebaskan 25 rakyat Malaysia sertai GSF 2.0

Kerajaan gesa Zionis bebaskan 25 rakyat Malaysia sertai GSF 2.0

Kerajaan terus bantu PKS depani tekanan ekonomi global – PM

Kerajaan terus bantu PKS depani tekanan ekonomi global – PM

Tony Pua diminta mohon maaf, DAP digesa ambil tindakan disiplin

Tony Pua diminta mohon maaf, DAP digesa ambil tindakan disiplin

KPM sasar 800 bilik darjah ‘AI Powered Classroom’ menjelang 2027

KPM sasar 800 bilik darjah ‘AI Powered Classroom’ menjelang 2027

Sekolah Tinggi Segamat raih pengiktirafan seabad, lambang kecemerlangan pendidikan

Sekolah Tinggi Segamat raih pengiktirafan seabad, lambang kecemerlangan pendidikan

YDP MPK akui kelemahan diri, mohon maaf isu tular program rakyat

YDP MPK akui kelemahan diri, mohon maaf isu tular program rakyat