Hati-hati dengan penipuan pelaburan ‘deepfake’ – SC

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) hari ini memberi amaran kepada orang ramai mengenai taktik penipuan pelaburan ‘deepfake’ yang dicipta melalui kecerdasan buatan (artificial intelligence/AI) bagi menyamar sebagai individu dan nama syarikat terkemuka.

SC menerusi kenyataan memaklumkan pihaknya memandang serius penipuan tersebut selepas menemui beberapa video ‘deepfake’ di Facebook baru-baru ini yang boleh memberi kesan buruk kepada orang ramai.

Tegasnya, modus operandi kebiasaannya dimulakan dengan aktiviti penipuan dengan menyiarkan video ‘deepfake’ pada platform media sosial, yang kemudiannya boleh disebarkan melalui aplikasi pemesejan.

“Video itu akan ‘menampilkan’ tokoh awam atau syarikat tertentu, dalam usaha untuk memberi kredibiliti kepada usaha mereka.

“Melalui penggunaan teknologi AI, video itu dimanipulasi untuk hampir menyerupai suara tokoh awam ini, termasuk pergerakan bibir, menjadikan peluang pelaburan tersebut kelihatan tulen,” katanya, hari ini.

Mengulas lanjut, SC memaklumkan penipuan itu juga turut menggunakan video ‘deepfake’ dengan mempromosikan pelaburan yang kononnya ditawarkan oleh syarikat yang bereputasi.

Katanya, posting tersebut juga mempunyai butang atau pautan ‘Ketahui Lebih Lanjut’, yang membawa pihak yang berminat ke halaman pendaftaran bagi mengumpulkan maklumat peribadi mereka.

“Orang ramai yang tidak peka dan terus mengakses pautan itu akan diminta memuat turun aplikasi, yang mana ia mendedahkan mereka kepada risiko jenayah siber.

“Setelah mendaftar, bakal mangsa akan dihubungi oleh ejen yang kemudian menipu mereka, dengan meminta untuk memindahkan wang atau memberikan butiran peribadi selanjutnya.

“SC, dengan bantuan Meta, telah menurunkan video sedemikian untuk mengekang akses kepada pihak awam yang mungkin menjadi mangsa penipuan ini,” katanya

Di samping itu, SC juga akan bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan pihak berkuasa yang berkaitan untuk mengambil tindakan sewajarnya terhadap aktiviti penipuan pelaburan tersebut.

“Oleh itu, orang ramai dinasihatkan supaya berhati-hati dalam menilai tawaran pelaburan, termasuk memastikan mereka tidak memindahkan atau mendepositkan wang ke dalam akaun yang mencurigakan.

“Pihak awam juga digalakkan untuk mengesahkan tawaran pelaburan melalui SC Investment Checker di www.sc.com.my/investment-checker,” katanya.

Related Posts

Pemuda Amanah Perak gesa SPRM teliti kewajaran kekayaan anak-anak Azeez

IPOH – Pemuda Parti Amanah Perak menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) meneliti sumber kekayaan yang dikaitkan dengan anak-anak bekas Pengerusi Lembaga Tabung Haji, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Anwar ke New Delhi sertai Sidang Kemuncak BRICS ke-18

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berangkat ke New Delhi, India malam ini bagi menghadiri Sidang Kemuncak Pemimpin-Pemimpin BRICS ke-18, selepas selesai lawatan kerja beliau di Sabah.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pemuda Amanah Perak gesa SPRM teliti kewajaran kekayaan anak-anak Azeez

Pemuda Amanah Perak gesa SPRM teliti kewajaran kekayaan anak-anak Azeez

Anwar ke New Delhi sertai Sidang Kemuncak BRICS ke-18

Anwar ke New Delhi sertai Sidang Kemuncak BRICS ke-18

Mahfuz saran Zahid tidak bawa ‘politik budak-budak’ ke Putrajaya

Mahfuz saran Zahid tidak bawa ‘politik budak-budak’ ke Putrajaya

Wawasan tembusi tiga bahagian Bersatu Perlis

Wawasan tembusi tiga bahagian Bersatu Perlis

Dua kenderaan bertembung, dua maut

Dua kenderaan bertembung, dua maut

Pertikai istilah Kerajaan MADANI hanya helah UMNO mahu PRU16 disegerakan

Pertikai istilah Kerajaan MADANI hanya helah UMNO mahu PRU16 disegerakan