Disamun di persimpangan jalan, lelaki rugi RM200,000

SHAH ALAM – Seorang lelaki kerugian RM200,000 apabila wang yang baru dikeluarkan daripada bank disamun sekumpulan lelaki bersenjata di persimpangan lampu isyarat berdekatan Sekolah Kebangsaan (SK) Tamil Ladang Emerald, Seksyen 33, di sini petang semalam.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata, kejadian yang dirakam video papan pemuka (dashcam) daripada kereta seorang pengguna jalan raya memaparkan pemandu kereta Perodua Kembara disamun sekumpulan lelaki di lokasi itu, tular di laman sosial Facebook.

Beliau berkata, menerusi rakaman video itu, sebuah motosikal dinaiki dua suspek lelaki memakai topi keledar berhenti di sebelah kiri kereta mangsa diikuti sebuah kereta Perodua Alza yang bertindak menghalang laluan dengan memintas di hadapan kereta mangsa.

“Suspek yang membonceng motosikal pergi ke arah pemandu kereta lalu memecahkan cermin sebelah pemandu menggunakan sebilah kapak dan mencabut kunci kereta bagi menghalang mangsa melarikan diri.

“Seorang lagi rakan suspek yang menaiki Perodua Alza membuka pintu penumpang hadapan kereta mangsa lalu membawa lari satu bungkusan beg mengandungi wang tunai dalam kereta mangsa,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Susulan kejadian itu, Mohd Iqbal berkata, mangsa seorang lelaki tempatan berumur 54 tahun membuat laporan polis. 

Katanya, mangsa memaklumkan kejadian samun berlaku pada jam 1.27 tengah hari ketika dia memberhentikan kereta dipandunya seorang diri di persimpangan lampu isyarat dan mengalami kerugian wang tunai milik syarikat sebanyak RM200,000 selepas membuat pengeluaran daripada bank berdekatan.

“Siasatan mendapati, pengeluaran wang itu bagi urusan perniagaan, tetapi mangsa yang juga peniaga barangan lusuh dan pengarah syarikat itu tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya.

Beliau berkata, semakan nombor pendaftaran kereta Perodua Alza dinaiki suspek adalah palsu kerana didaftarkan atas sebuah kereta jenis Toyota Vios.

“Polis kini giat mengesan semua suspek terbabit dan orang ramai dinasihatkan tidak membawa wang tunai dalam jumlah yang besar kerana boleh menyebabkan perkara tidak diingini berlaku.

“Siasatan kes dijalankan mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan yang sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga 20 tahun dan boleh disebat. 

“Mana-mana individu yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu boleh berhubung dengan Pegawai Penyiasat Jenayah, Inspektor Nor Idayu Abdul Aziz di talian 019-9459062,” katanya.

Related Posts

Netizen bangga PMX tidak ‘termakan’ soalan provokasi isu Gaza, Israel

KETEGASAN dan ketenangan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika menjawab soalan berkaitan konflik Gaza, Israel dan Iran dalam satu wawancara bersama stesen televisyen India, Thanti TV baru-baru ini mendapat…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Anwar tegaskan Malaysia tidak jadi laluan kargo sokong operasi ketenteraan Israel

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan Malaysia tidak akan membenarkan negara ini digunakan sebagai laluan transit bagi sebarang penghantaran kargo yang menyokong atau menyumbang kepada operasi…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pelaksanaan MA63 terus diperkasa sebagai agenda nasional – Mustapha

  • By Ezmie
  • September 16, 2026
Pelaksanaan MA63 terus diperkasa sebagai agenda nasional – Mustapha

Netizen bangga PMX tidak ‘termakan’ soalan provokasi isu Gaza, Israel

Netizen bangga PMX tidak ‘termakan’ soalan provokasi isu Gaza, Israel

PRU16: Demi rakyat atau elak lebih ramai pemimpin UMNO didakwa rasuah?

PRU16: Demi rakyat atau elak lebih ramai pemimpin UMNO didakwa rasuah?

Lima ditahan ganggu tugas penguat kuasa di Tasek Bera

Lima ditahan ganggu tugas penguat kuasa di Tasek Bera

Anwar tegaskan Malaysia tidak jadi laluan kargo sokong operasi ketenteraan Israel

Anwar tegaskan Malaysia tidak jadi laluan kargo sokong operasi ketenteraan Israel

AMK Miri tuntut UMNO bertanggungjawab, tidak normalisasi penghinaan agama

AMK Miri tuntut UMNO bertanggungjawab, tidak normalisasi penghinaan agama