Wan Rosdy selesai jalani sesi fisioterapi

MENTERI Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail hari ini selesai menjalani sesi fisioterapi di Institut Jantung Negara (IJN), dekat sini.

Beliau berkongsi berita itu melalui satu hantaran di Facebook rasmi miliknya, petang tadi.

“Alhamdulillah, hari ini telah selesai sesi fisioterapi yang ke-12 sepanjang saya menjalani rawatan susulan selepas pembedahan di IJN pada 7 Jun lalu.

“Terima kasih kepada Pasukan Fisioterapi IJN yang telah banyak membantu saya dalam proses pemulihan saya selama ini.

“Sudah pasti segala bantuan, nasihat dan sifat ramah yang diberikan kepada saya akan saya kenang selamanya,” katanya.

Wan Rosdy menjalani pembedahan di IJN pada 7 Jun lalu dan dibenarkan keluar pada 14 Jun.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 10 Jun lalu meluangkan masa melawat Wan Rosdy di IJN.

Turut menziarahi Pengerusi UMNO Pahang itu adalah Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pada 12 Jun bersama pimpinan UMNO dan Barisan Nasional yang lain.

Related Posts

Isu jalan rizab BSI-Ranggu: Penduduk mahu laluan dibuka untuk kecemasan, urusan harian

TAWAU – Penduduk di sekitar kawasan Ranggu, di sini, mendesak agar jalan rizab (road reserve) yang ditutup menghubungkan Bandar Sri Indah (BSI)-Ranggu (PR1MA) dibuka semula bagi memastikan kelancaran akses kecemasan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Penduduk beri tempoh sebulan pemaju buka jalan rizab BSI-Ranggu

TAWAU – Penduduk memberikan tempoh selama sebulan kepada pihak pemaju Hap Seng Development Properties Sdn Bhd untuk membuka dan membuat semula jalan rizab (road reserve) yang didakwa ditutup sejak 2020…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Anwar mahu rundingan PH-BN elak pertembungan di Johor

Anwar mahu rundingan PH-BN elak pertembungan di Johor

JS-SEZ bukti keberkesanan dasar ekonomi MADANI

JS-SEZ bukti keberkesanan dasar ekonomi MADANI

Isu jalan rizab BSI-Ranggu: Penduduk mahu laluan dibuka untuk kecemasan, urusan harian

Isu jalan rizab BSI-Ranggu: Penduduk mahu laluan dibuka untuk kecemasan, urusan harian

Anwar tegaskan PH akan pertahan semua kerusi pada PRN, PRU

Anwar tegaskan PH akan pertahan semua kerusi pada PRN, PRU

PH utamakan kestabilan politik, bukan perebutan kuasa – Anwar

PH utamakan kestabilan politik, bukan perebutan kuasa – Anwar

Kerajaan MADANI komited bela nasib rakyat tanpa kira musim – Anwar

Kerajaan MADANI komited bela nasib rakyat tanpa kira musim – Anwar