Dinding pasar raya runtuh, dua remaja cedera

IPOH – Dinding bangunan sebuah pasar raya di Manjoi yang terbakar pada Mac lalu runtuh mengakibatkan dua remaja lelaki cedera, di sini pada Isnin.

Kejadian sekitar jam 4.30 petang itu dipercayai berlaku ketika kedua-dua mangsa berusia 13 dan 14 tahun sedang melalui kawasan berkenaan ketika menunggang motosikal.

Bangunan berkenaan yang ditutup kepada orang awam selepas mengalami kebakaran dipercayai sedang dalam kerja-kerja meroboh.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, panggilan kejadian diterima pada jam 4.45 petang melibatkan runtuhan dinding bangunan di bahagian kanan bersebelahan Pejabat Daerah dan Tanah Kinta Ipoh.

Menurutnya, pihaknya dimaklumkan terdapat dua mangsa mengalami kecederaan ringan dalam kejadian itu akibat terkena serpihan batu runtuhan.

“Operasi tidak melibatkan kerja-kerja menyelamat kerana ketika anggota tiba di lokasi, mangsa telah selamat dibawa ke hospital oleh orang awam,” katanya dalam satu kenyataan di sini pada Isnin.

Beliau berkata, operasi di lokasi kejadian tertumpu kepada kerja-kerja mengalihkan sisa runtuhan yang menghalang laluan.

“Operasi digerakkan enam anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Meru Raya itu tamat pada jam 5.32 petang,” katanya.

Dalam kejadian 10 Mac lalu, pasar raya itu dilaporkan terbakar pada jam 7.09 malam namun tiada mangsa terlibat dalam kejadian.

Kebakaran dipercayai bermula dari bahagian bumbung dan tingkat satu yang menempatkan pakaian, barangan elektrik dan stor barangan selain berlaku runtuhan dinding pada bahagian kanan premis.

Related Posts

Akta e-dagang baharu perlu disegerakan demi lindungi peniaga tempatan – Fuziah

KUALA LUMPUR – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) mahu proses menggubal akta e-dagang baharu dipercepatkan bagi memperkukuh perlindungan pengguna dan memastikan peniaga tempatan berdepan persaingan yang…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Dapatan RCI Tabung Haji: Jangan kelirukan rakyat

BILA bercakap tentang RCI Tabung Haji, jangan kita berhenti pada alasan bahawa PwC dan Jabatan Audit Negara menggunakan metodologi perakaunan berbeza. Itu bukan persoalan utama. Persoalan sebenarnya ialah, jika kaedahnya…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Akta e-dagang baharu perlu disegerakan demi lindungi peniaga tempatan – Fuziah

Akta e-dagang baharu perlu disegerakan demi lindungi peniaga tempatan – Fuziah

Dapatan RCI Tabung Haji: Jangan kelirukan rakyat

Dapatan RCI Tabung Haji: Jangan kelirukan rakyat

10 pengunjung terjejas, Sunway Lagoon tampil beri penjelasan

10 pengunjung terjejas, Sunway Lagoon tampil beri penjelasan

Jangan politikkan Tabung Haji tetapi siapa pula menubuhkan RCI? – Mahfuz

Jangan politikkan Tabung Haji tetapi siapa pula menubuhkan RCI? – Mahfuz

Lima lelaki ditahan, hampir 200kg daun ketum dirampas

Lima lelaki ditahan, hampir 200kg daun ketum dirampas

Lelaki hilang cari lembu dalam Hutan Simpan Sementah ditemukan selamat

Lelaki hilang cari lembu dalam Hutan Simpan Sementah ditemukan selamat