Bersatu pengecut, terdesak guna logo Pas pada PRK DUN Nenggiri

PUTRAJAYA – Bersatu dilihat tidak mempunyai kekuatan mahupun ‘aura’ tersendiri sehingga terpaksa menumpang kekuatan sekutunya, Pas dalam menarik hati rakyat untuk memberikan sokongan kepada Perikatan Nasional (PN).

Setiausaha Agung Veteran UMNO, Datuk Mustapha Yaakub berkata, perkara itu terbukti apabila Bersatu akan menggunakan logo Pas dalam meletakan calon mereka pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri.

Menurutnya, parti yang dipimpin oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin itu tidak berani menggunakan logonya sendiri mahupun PN berikutan kepimpinannya mengetahui penyokong di kawasan itu tidak akan memberikan sokongan kepada parti lain, kecuali Pas.

“Dengan menggunakan logo Pas, maka Bersatu boleh bermain silap mata dengan pengundinya. Perkara ini sama berlaku semasa Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) apabila Bersatu memenangi beberapa kerusi di Kelantan dengan sokongan Pas.

“Sebab itu dalam PRK Nenggiri Bersatu terpaksa menggunakan logo Pas dengan alasan Bersatu adalah komponen Perpaduan Nasional. Ini berbeza dengan PRK Sungai Bakap walaupun calonnya dari Pas tetapi mengguna logo PN,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Naib Presiden Bersatu, Datuk Dr Radzi Jidin yang menegaskan partinya akan menggunakan logo Pas pada PRK Dun Nenggiri, jika terdapat di kalangan pemimpinnya dipilih mewakili PN.

Terdahulu, Radzi memberi alasan PN bertekad untuk menggunakan logo Pas bagi mengekalkan strategi yang digunakan pada PRU yang lalu.

Sehubungan itu, Mustapha menyeru agar pengundi Pas untuk menolak calon Bersatu sekiranya dipilih mewakili PN pada PRK DUN Nenggiri, 17 Ogos depan.

“Cukuplah (pengundi Pas) dengan menjadi ‘kuli batak’ kepada Bersatu. 

“Pengalaman bekas wakil rakyatnya yang menyokong Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim jelas membuktikan bahawa gagasan PN tidak mampu mentadbir Kelantan tanpa bantuan kerajaan pusat,” katanya.

PRK DUN Nenggiri diadakan selepas Yang Dipertua DUN Kelantan, Datuk Mohd Amar Abdullah pada 19 Jun lepas mengumumkan kekosongan kerusi itu susulan tindakan Bersatu menggugurkan keahlian penyandangnya, Mohd Azizi Abu Naim yang menyokong Perdana Menteri.

BN mempertaruhkan Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani bagi mewakili Kerajaan Perpaduan manakala PN sehingga kini masih tidak mempunyai calon walaupun Bersatu dijangka akan mewakili gabungan itu pada PRK DUN Nenggiri.

Related Posts

RCI Tabung Haji: Hormati titah YDPA, jangan cipta persepsi

ADA pihak yang memberikan gambaran seolah-olah Jabatan Audit Negara (JAN) mengatakan Tabung Haji tidak mempunyai masalah, manakala hanya Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) yang mendakwa Tabung Haji bermasalah. Itu tidak benar…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pelajar cemerlang UIAM perlu RM20,000 untuk visa, sambung pengajian ke UK

TAWAU – Seorang graduan Pusat Asasi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) yang memperoleh Purata Nilai Gred Keseluruhan (CGPA) 4.00 memerlukan sokongan dana sebanyak RM20,000 bagi menampung kos visa sebelum melanjutkan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

RCI Tabung Haji: Hormati titah YDPA, jangan cipta persepsi

RCI Tabung Haji: Hormati titah YDPA, jangan cipta persepsi

Wisma Putra terima laporan 11 rakyat Malaysia terputus hubungan di Nepal

Wisma Putra terima laporan 11 rakyat Malaysia terputus hubungan di Nepal

Peniaga Dataran Kampung Wai kecewa dakwa terima notis roboh gerai

Peniaga Dataran Kampung Wai kecewa dakwa terima notis roboh gerai

Pengeluar komponen automotif perlu teroka teknologi robot humanoid

Pengeluar komponen automotif perlu teroka teknologi robot humanoid

JKDM Sabah gagalkan sembilan cubaan seludup minuman keras bernilai RM4.15 juta

JKDM Sabah gagalkan sembilan cubaan seludup minuman keras bernilai RM4.15 juta

Pelajar cemerlang UIAM perlu RM20,000 untuk visa, sambung pengajian ke UK

  • By Fatin
  • August 26, 2026
Pelajar cemerlang UIAM perlu RM20,000 untuk visa, sambung pengajian ke UK