Tunku Aminah berkenan berkunjung ke premis HID Global Malaysia

JOHOR BHARU — HID Global Malaysia mengalu-alukan kunjungan oleh Yang Mulia Tunku Tun Aminah Binti Sultan Ibrahim Ismail ke kilang serta pusat penyelidikan dan pembuatan mereka di Johor, baru-baru ini.

Pengarah Perniagaan Wilayah APAC- FARGO, Wei Jin Lee berkata pihaknya menghargai kehadiran dan sokongan YAM Tunku Tun Aminah yang memberi inspirasi kepada seluruh pekerja di syarikat itu.

“Saya ingin menyampaikan penghargaan dan ucapan terima kasih yang tidak terhingga di atas kesudian Yang Amat Mulia untuk mengunjungi kilang kami.

“Kehadiran dan sokongan Yang Amat Mulia sesungguhnya memberi inspirasi kepada kami semua.

“Kami amat menghargai masa yang diluangkan untuk mengambil tahu mengenai operasi dan bertemu dengan pekerja-pekerja kami,” katanya dalam satu kenyataan.

Sebagai sebuah syarikat berasaskan teknologi, HID giat memperkasa identiti yang dipercayai bagi masyarakat dan tempat di seluruh dunia dengan jutaan orang dari lebih 100 negara telah menggunakan produk dan perkhidmatan HID untuk mengakses premis fizikal dan digital setiap hari dengan selamat.

Pada 16 Julai 2024, ibu pejabat HID Global di Malaysia telah mengadakan lawatan ke kilang-kilangnya di sekitar Johor Bahru yang turut dihadiri oleh Yang Amat Mulia Tunku Tun Aminah Binti Sultan Ibrahim Ismail di samping turut berkunjung ke pusat penyelidikan dan pembuatan HID di Kulai, Johor.

Kilang HID Global yang meliputi kawasan 200,000 kaki persegi telah siap dibina pada tahun 2005 dengan pelaburan tambahan hampir $10 juta USD sejak tahun 2021, HID telah menambah ruang pengeluaran, peralatan, jalan raya neutral karbon (panel solar), dan kemahiran.

Kilang berautomasi tinggi ini mempunyai lebih 800 kakitangan dan lebih 600 mesin perakitan robotik serta Sistem MES yang canggih, sejajar dengan aspirasi Industri 4.0 kerajaan Malaysia.

“Kunjungan Yang Amat Mulia bukan sahaja meningkatkan semangat pekerja-pekerja kami tetapi juga menegaskan kepentingan industri kami.

“Kami amat berbangga dengan minat dan dorongan yang diberikan oleh Yang Amat Mulia.

“Di HID, kami menyediakan solusi identiti yang dipercayai di seluruh dunia. Kami membolehkan masyarakat untuk melakukan transaksi dengan selamat, bekerja dengan produktif dan melancong secara bebas,” katanya.

HID menawarkan pelbagai produk kepada kerajaan, universiti, hospital, institusi kewangan dan syarikat-syarikat yang paling inovatif dunia — membantu mereka mencipta persekitaran fizikal dan digital yang boleh dipercayai agar mereka dan para pengguna dapat mencapai potensi mereka.

HID menghasilkan penyampaian identiti warganegara yang selamat, personalisasi kad dan penyelesaian identiti bermula dari proses pendaftaran hingga penerbitan untuk kad pengenalan dan passport fizikal yang dikeluarkan oleh kerajaan kepada lebih daripada 50 negara di seluruh dunia.

Related Posts

Turun padang, Program MADANI Kita jadi ‘benchmark’ agensi kerajaan dekati rakyat

KOTA KINABALU – Pendekatan turun padang menerusi Program MADANI Kita yang dilaksanakan Jabatan Komunikasi Komuniti (JKOM) dalam mendekati masyarakat kini menjadi penanda aras baharu kepada agensi kerajaan lain. Ketua Pengarah…

Lebih lanjut

teruskan membaca
4 suspek bersenjata samun kedai emas, jumlah kerugian RM500,000

KUANTAN – Empat lelaki bersenjatakan parang dan membawa objek dipercayai ‘pump gun’ menyamun sebuah kedai emas di Taman Pandan Perdana, di sini, kira-kira 2 petang tadi. Ketua Polis Daerah Kuantan,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Turun padang, Program MADANI Kita jadi ‘benchmark’ agensi kerajaan dekati rakyat

  • By Fatin
  • August 21, 2026
Turun padang, Program MADANI Kita jadi ‘benchmark’ agensi kerajaan dekati rakyat

4 suspek bersenjata samun kedai emas, jumlah kerugian RM500,000

4 suspek bersenjata samun kedai emas, jumlah kerugian RM500,000

Penemuan artifak buka potensi arkeologi Bukit Batu Putih

Penemuan artifak buka potensi arkeologi Bukit Batu Putih

Anwar hadiri Rundingan Pemimpin Tahunan Ke-27 Malaysia-Brunei

Anwar hadiri Rundingan Pemimpin Tahunan Ke-27 Malaysia-Brunei

Bawah 1% banduan jalani pemulihan komuniti kembali ke penjara

Bawah 1% banduan jalani pemulihan komuniti kembali ke penjara

UMNO Jerantut sampaikan sumbangan kepada mangsa kebakaran

UMNO Jerantut sampaikan sumbangan kepada mangsa kebakaran