Sistem Facebook salah terjemah – RTM

KUALA LUMPUR – Pihak Radio Televisyen Malaysia (RTM) tidak memuat naik sebarang maklumat rasmi dalam bahasa Inggeris berhubung Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-17 di istana Negara semalam, seperti yang ditularkan.

Demikian jelas Bahagian Perhubungan Awam Jabatan Penyiaran Malaysia dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa apa yang dipaparkan di laman Facebook Rasmi RTM adalah terjemahan automatik oleh sistem Facebook.

“Jika pengguna mengaktifkan terjemahan automatik, maka terjemahan bahasa Inggeris akan muncul.

“Terjemahan bahasa Inggeris oleh sistem Facebook tersebut adalah salah. RTM tidak memuat naik sebarang kandungan ucapan takziah sempena Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-17,” menurut kenyataan itu.

Kenyataan itu turut memaklumkan bahawa RTM telah membuat laporan polis dan pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah menghubungi Meta berkaitan salah terjemahan oleh sistemnya.

Terdahulu, The Malaysia Press melaporkan Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil melahirkan rasa kesal fitnah dilemparkan terhadap Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Menurut beliau, fitnah disebarkan itu menyebabkan ada memintanya supaya membunuh diri.

“Ada orang tuduh RTM buat hantaran di Facebook jelik dalam Bahasa Inggeris.

“Padahal ‘posting’ asal dalam Bahasa Melayu.

“Kemudian disebar fitnah, sampai ada yang minta saya “hng himself” (bunh diri sendiri).

“Jangan buat begini. Bersikap adil kepada RTM. Jangan memfitnah,” katanya dalam satu hantaran di media sosial, hari ini.

Related Posts

Had umur 16 tahun media sosial wajar lindungi remaja dari ancaman siber – Dr Haryati

KOTA KINABALU – Pelaksanaan had umur minimum 16 tahun bagi pendaftaran akaun media sosial merupakan langkah wajar untuk melindungi remaja daripada pelbagai ancaman siber. Pensyarah Kanan Fakulti Sains Sosial dan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Polis perjelaskan kehadiran anggota di kediaman rasmi Tunku Besar Tampin

POLIS Diraja Malaysia (PDRM) menegaskan penugasan anggota di sekitar Kediaman Rasmi Tunku Besar Tampin hari ini dilaksanakan bagi menjamin keselamatan orang ramai serta memastikan ketenteraman awam terus terpelihara. Ketua Polis…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

2 tahun terajui LPKP Sabah, Vivian bangga pelbagai pembaharuan berjaya dilaksana

2 tahun terajui LPKP Sabah, Vivian bangga pelbagai pembaharuan berjaya dilaksana

Mengenali, memahami keistimewaan surah Al-Mulk

Mengenali, memahami keistimewaan surah Al-Mulk

Ops Tiris 4.0: Kegiatan seleweng diesel tumpas

Ops Tiris 4.0: Kegiatan seleweng diesel tumpas

Projek naik taraf Tamu Donggongon, Kepayan Square, manfaat besar untuk komuniti Penampang

Projek naik taraf Tamu Donggongon, Kepayan Square, manfaat besar untuk komuniti Penampang

UNIMAP wakili Malaysia dalam projek penyelidikan Kesatuan Eropah