Amaun perpindahan ke Akaun Fleksibel cecah RM11.52 bilion

KUALA LUMPUR – Setakat 24 Jun 2024, Seramai 3.61 juta (27.8 peratus) daripada jumlah 13.01 juta ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) di bawah umur 55 tahun telah memilih untuk mempunyai amaun permulaan di dalam Akaun Fleksibel dengan jumlah perpindahan sebanyak RM11.52 bilion.

Kementerian Kewangan (MoF) dalam kenyataan yang sama turut memaklumkan, sebanyak RM5.12 bilion telah dipindahkan ke Akaun Persaraan.

“Seramai 3.16 juta ahli atau 24.3 peratus daripada jumlah 13.01 juta keseluruhan ahli KWSP di bawah umur 55 tahun telah membuat pengeluaran daripada Akaun Fleksibel melibatkan amaun pengeluaran sebanyak RM7.81 bilion,” kata MoF dalam jawapan bertulis yang disiarkan menerusi laman sesawang Parlimen pada Selasa.

Inisiatif Akaun Fleksibel ini merupakan langkah proaktif untuk membantu rakyat menghadapi perubahan landskap pekerjaan, penuaan penduduk serta perubahan keperluan mengikut kitaran hayat ahli KWSP, lapor Bernama.

Jawapan dan penerangan Kementerian Kewangan ini adalah bagi menjawab soalan dikemukakan oleh Abd Ghani Ahmad (PN-Jerlun) yang bertanyakan status pembaharuan Akaun Fleksibel mulai 11 Mei kepada pencarum.

“Dalam kalangan ahli yang membuat pilihan untuk mempunyai amaun permulaan, seramai 41,000 ahli, sebelum pindahan dilakukan tidak mencapai simpanan asas mengikut umur ketika ini mencapai simpanan asas mengikut umur berikutan pindahan sebahagian simpanan Akaun Sejahtera mereka ke Akaun Persaraan,” katanya.

Walaupun begitu, bagi mengelakkan terjebak dalam krisis kewangan di hari tua kelak, MoF menjelaskan KWSP kekal komited untuk memberikan pulangan kompetitif sekali gus meningkatkan baki simpanan persaraan pencarum.

“Pengumpulan baki simpanan ahli adalah bergantung kepada trend caruman dan pengeluaran oleh ahli. Caruman yang konsisten dan pengeluaran hanya dilaksanakan untuk tujuan berpatutan akan membantu ahli membina baki simpanan persaraan pencarum,” jelas MoF.

Related Posts

Insentif, kemudahan mesra keluarga penting sokong pasangan miliki anak – Pakar ekonomi

KOS sara hidup dan perbelanjaan membesarkan anak yang semakin tinggi antara faktor utama menyebabkan pasangan di Malaysia semakin berhati-hati dalam membuat keputusan untuk memiliki anak. Pakar ekonomi, Prof Emeritus Dr…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Wakaf mampu jadi sumber pembiayaan kebajikan jangka panjang dalam era AI

EKONOMI wakaf berpotensi menjadi sumber pembiayaan kebajikan jangka panjang negara dalam era kecerdasan buatan (AI), dengan sebahagian lebihan kekayaan yang dijana teknologi itu disalurkan kepada dana wakaf untuk dilaburkan secara…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Legasi kafe Secangkir labuh tirai petang tadi

Legasi kafe Secangkir labuh tirai petang tadi

Baja Padi 3 tiba ke pesawah Kedah dalam tempoh kurang 10 hari

Baja Padi 3 tiba ke pesawah Kedah dalam tempoh kurang 10 hari

Mahu mandat baharu? Bersihkan dahulu persoalan lama – Mahfuz

Mahu mandat baharu? Bersihkan dahulu persoalan lama – Mahfuz

Lelaki tempatan ditahan positif dua jenis dadah

Lelaki tempatan ditahan positif dua jenis dadah

JPN Sarawak arah penutupan 647 sekolah akibat bacaan jerebu kritikal

JPN Sarawak arah penutupan 647 sekolah akibat bacaan jerebu kritikal

Siasatan terperinci wajar dilaksana susulan isu kenaikan bil elektrik secara mendadak

Siasatan terperinci wajar dilaksana susulan isu kenaikan bil elektrik secara mendadak