Fahmi dedah dua wartawan jadi mangsa pembuli sama

SUBANG JAYA – Dua wartawan turut menjadi mangsa pembuli sama dalam kes kematian pencipta kandungan TikTok dikenali Esha yang dikaitkan dengan buli siber, minggu lalu.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, beliau dihubungi wartawan terbabit selepas kejadian menimpa Esha atau nama sebenarnya A Rajeswari, 29, memaklumkan pembuli siber itu menggunakan akaun palsu.

“Mereka sangat takut kerana pembuli siber sanggup ambil gambar tempat tinggal, ahli keluarga… ini jenayah ugutan, ada kalangan mereka berselindung di sebalik akaun palsu.

“Bagi saya berani cakap berani hadap, kalau sembunyi belakang akaun palsu bermakna ada sesuatu yang tidak betul, kita perlu perbetulkannya,” katanya pada sidang media selepas pelancaran Pusat Pengalaman Kecerdasan Buatan (AI) di CelcomDigi Hub, semalam.

Fahmi memaklumkan, beliau mengarahkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) mengambil tindakan terhadap komen mengandungi unsur buli siber dan perkataan jelik di media sosial.

“Saya dah minta SKMM bertindak ke atas sejumlah individu..dalam live TikTok, Facebook yang keluar perkataan boleh ditafsirkan buli siber atau muat naik komen jelik dan komen langgar undang-undang.

“Perlu ada sempadan, semata-mata komen tak bermakna boleh lepas cakap, kita nak pastikan internet selamat digunakan kanak-kanak dan keluarga,” katanya.

Hari ini Ketua Polis Sentul, Ahmad Sukarno Mohd Zahari, memaklumkan pihaknya merakam keterangan sembilan individu berhubung kes Esha.

Kelmarin, seorang wanita tempatan ditahan bagi membantu siasatan berhubung fitnah dan ugutan terhadap Esha susulan laporan polis daripada seorang pengguna TikTok, Sabtu lalu.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan (ugutan jenayah), Seksyen 233 Akta Komunikasi Multimedia 1998 (menyebarkan kenyataan jelik) dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil (kelakuan aib).

Related Posts

Kerajaan akan pinda Akta Tabung Haji, mansuh AUKU sepenuhnya – Anwar

KUALA LUMPUR – Kerajaan akan meminda Akta Tabung Haji 1995 (Akta 535) bagi memperkukuh tatakelola institusi berkenaan serta memastikan amanah umat Islam terus dipelihara, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Stabiliti politik penting untuk kesinambungan pembangunan ekonomi – Tian Chua

AYER KEROH – Kestabilan politik perlu terus dipelihara bagi memastikan kesinambungan pembangunan ekonomi negara, terutama ketika Malaysia berdepan ketidaktentuan geopolitik global, kata bekas Naib Presiden PKR, Tian Chua. Beliau berkata,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Harimau Malaya tumbang 0-2 di tangan Vietnam

Harimau Malaya tumbang 0-2 di tangan Vietnam

Kerajaan akan pinda Akta Tabung Haji, mansuh AUKU sepenuhnya – Anwar

Kerajaan akan pinda Akta Tabung Haji, mansuh AUKU sepenuhnya – Anwar

Stabiliti politik penting untuk kesinambungan pembangunan ekonomi – Tian Chua

Stabiliti politik penting untuk kesinambungan pembangunan ekonomi – Tian Chua

Akar umbi yakin PKR terus perkukuh demokrasi, kepemimpinan parti

Akar umbi yakin PKR terus perkukuh demokrasi, kepemimpinan parti

AUKU langkah ke hadapan, kemenangan besar mahasiswa – Taufiq Johari

AUKU langkah ke hadapan, kemenangan besar mahasiswa – Taufiq Johari

RM80,000 perkasa peluang ekonomi komuniti OKU Perak

RM80,000 perkasa peluang ekonomi komuniti OKU Perak