Namakan kapal sempena ‘tiga puteri’, Petronas sedia mula operasi LNG Kanada

PETROLIAM Nasional Berhad (Petronas) menamakan tiga kapal gas asli cecair (LNG) baharunya dengan nama Puteri Saadong, Puteri Ledang, dan Puteri Santubong sebagai langkah persediaan memulakan operasi cawangan LNG Kanada yang dijangka bermula pada tahun ini.

Ketua Pegawai Operasi Petronas, Adnan Zainal Abidin berkata, dengan penambahan itu, jumlah pengangkutan untuk operasi berkenaan kini sebanyak enam buah kapal.

“Kapal-kapal ini didahului oleh penghantaran dan penamaan tiga kapal pertama, Puteri Saadong, Puteri Ledang, dan Puteri Santubong, pada Januari 2024.

“Kapal-kapal yang dibina di limbungan kapal Hyundai Heavy Industries (HHI) di Ulsan, Korea Selatan itu, masing-masing mempunyai kapasiti kargo sebanyak 174,000 meter padu dan merupakan kapal terbesar dalam armada pelbagai saiz milik Petronas.

“Dengan pengembangan strategik armada LNG, Petronas bukan sahaja meningkatkan kesediaannya untuk permulaan LNG Kanada yang akan datang, tetapi juga menekankan komitmen sebagai rakan tenaga progresif yang menyediakan penyelesaian karbon rendah untuk pelanggannya,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Dalam pada itu, ujar Adnan Zainal, LNG sebagai komponen utama untuk peralihan tenaga yang stabil, dijangkakan akan kekal relevan untuk masa hadapan.

“Dengan ketibaan kapal-kapal baru ini, Petronas memperkukuhkan komitmennya untuk menghantar bahan bakar yang amat diperlukan ini kepada pelanggannya dengan cara yang kos efektif dan boleh dipercayai.

“Petronas mempunyai pegangan saham sebanyak 25 peratus dalam LNG Kanada di Kitimat, British Columbia, yang mana merupakan salah satu kilang dengan intensiti pelepasan karbon terendah di dunia.

“Kemudahan ini dijangka akan beroperasi pada akhir tahun 2024,” ujarnya.

  • Related Posts

    Tarik balik kenyataan tidak memadai, persepsi rakyat perlu dipulihkan – Mahfuz

    PENYELESAIAN kes saman antara Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Ahli Parlimen Pendang, Datuk Awang Solahuddin Hashim, tidak seharusnya berakhir dengan penarikan balik tindakan undang-undang semata-mata. Naib Presiden Parti…

    Lebih lanjut

    teruskan membaca
    PN berdepan pembatalan pendaftaran RoS?

    SHAH ALAM – Status Perikatan Nasional (PN) sebagai gabungan politik menjadi persoalan selepas tular beberapa dokumen yang didakwa dikeluarkan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) berkaitan pendaftaran gabungan itu. Antara dokumen…

    Lebih lanjut

    teruskan membaca

    Perlu dibaca

    Pas perlu fikir beban isu UMNO jika mahu bentuk gabungan baharu – Tajuddin

    Pas perlu fikir beban isu UMNO jika mahu bentuk gabungan baharu – Tajuddin

    Penjawat awam tidak mengaku salah kemuka tuntutan palsu RM29,440

    • By Fatin
    • September 24, 2026
    Penjawat awam tidak mengaku salah kemuka tuntutan palsu RM29,440

    PN digantung RoS, ‘retak’ Pas-Bersatu belum menemui noktah – Tajuddin

    PN digantung RoS, ‘retak’ Pas-Bersatu belum menemui noktah – Tajuddin

    Kerajaan perkasa pekebun kecil sawit tingkat produktiviti, pendapatan melalui teknologi

    Kerajaan perkasa pekebun kecil sawit tingkat produktiviti, pendapatan melalui teknologi

    Kerajaan teliti strategi pusat data tidak jejas bekalan elektrik, air

    Kerajaan teliti strategi pusat data tidak jejas bekalan elektrik, air

    PN perlu jawab isu tadbir urus sebelum dakwa tindakan RoS tekanan politik

    PN perlu jawab isu tadbir urus sebelum dakwa tindakan RoS tekanan politik