Bom mortar ditemukan dalam rumah sewa

JASIN – Sebiji bom mortar bersaiz 60 milimeter ditemukan dalam sebuah rumah sewa yang tidak berpenghuni sejak tujuh bulan lalu, di Taman Bukit Tembakau, Merlimau, di sini, pada Sabtu lalu.

Ketua Polis Daerah Jasin, Deputi Superintenden Ahmad Jamil Radzi berkata, bom jenis Practice Inert yang digunakan dalam latihan ditemukan oleh seorang lelaki berusia 30-an yang merupakan jiran kepada seorang warga emas pemilik rumah itu ketika membantu mengemas barangan peribadi milik penyewa terdahulu.

Menurutnya, lelaki itu kemudian telah menghantar gambar kepada wanita berusia 56 tahun terbabit sebelum hadir membuat laporan polis pada jam 7.58 malam.

Katanya, sepasukan polis termasuk Unit Pemusnah Bom (UPB) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka kemudian tiba dan membuat kawalan keselamatan di lokasi untuk tindakan lanjut.

“Kita juga mengesahkan tiada mengandungi bahan letupan dan masih mengesan bekas penyewa yang telah berpindah keluar sejak Januari lalu untuk membantu siasatan dalam kes ini,” katanya ketika dihubungi di sini, pada Isnin.

Ujarnya, bom berkenaan kemudian telah di bawah oleh UPB ke IPK Melaka untuk tindakan pelupusan.

Katanya, hasil siasatan lanjut juga mendapati rumah teres setingkat itu sebelum ini didiami seorang lelaki yang bekerja di Melaka sejak 2022.

“Sejak penyewa terbabit berpindah pada Januari lalu, pemilik rumah tidak lagi menghubungi individu itu sehinggalah Sabtu lalu dia meminta jirannya itu bantu mengemas barang peribadi milik bekas penyewanya itu,” katanya lagi.

Related Posts

Penjawat awam tidak mengaku salah kemuka tuntutan palsu RM29,440

TAWAU – Dua penjawat awam mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Khas Rasuah Tawau pada Khamis, atas enam pertuduhan berkaitan tuntutan palsu elaun penugasan rondaan keselamatan dan pemantauan bencana berjumlah…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kerajaan perkasa pekebun kecil sawit tingkat produktiviti, pendapatan melalui teknologi

KOTA KINABALU – Kerajaan memberi tumpuan kepada usaha meningkatkan pendapatan dan produktiviti pekebun kecil sawit menerusi program tanam semula, penggunaan teknologi serta penghasilan produk berkualiti dan mempunyai kebolehkesanan bagi memperluas…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pas perlu fikir beban isu UMNO jika mahu bentuk gabungan baharu – Tajuddin

Pas perlu fikir beban isu UMNO jika mahu bentuk gabungan baharu – Tajuddin

Penjawat awam tidak mengaku salah kemuka tuntutan palsu RM29,440

  • By Fatin
  • September 24, 2026
Penjawat awam tidak mengaku salah kemuka tuntutan palsu RM29,440

PN digantung RoS, ‘retak’ Pas-Bersatu belum menemui noktah – Tajuddin

PN digantung RoS, ‘retak’ Pas-Bersatu belum menemui noktah – Tajuddin

Kerajaan perkasa pekebun kecil sawit tingkat produktiviti, pendapatan melalui teknologi

Kerajaan perkasa pekebun kecil sawit tingkat produktiviti, pendapatan melalui teknologi

Kerajaan teliti strategi pusat data tidak jejas bekalan elektrik, air

Kerajaan teliti strategi pusat data tidak jejas bekalan elektrik, air

PN perlu jawab isu tadbir urus sebelum dakwa tindakan RoS tekanan politik

PN perlu jawab isu tadbir urus sebelum dakwa tindakan RoS tekanan politik