Dua beradik kritikal termakan keropok beracun

KULIM – Dua beradik lelaki berusia dua dan tiga tahun berada dalam keadaan kritikal selepas termakan keropok yang mengandungi racun tikus di kawasan kebun di Kampung Padang Ubi Labu Besar dekat sini pada Ahad.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintenden Mohd Azizul Mohd Khairi berkata, keropok berkenaan dipercayai digantung oleh pekebun kampung pada dawai besi di sekeliling pagar kebun bertujuan untuk memerangkap monyet.

Menurutnya, kejadian berlaku kira-kira jam 11 pagi selepas ibu mereka yang berusia 25 tahun menyedari kedua-dua anaknya yang berusia dua dan tiga tahun mengalami muntah-muntah dan mulut berbuih.

“Pada jam lebih kurang 11.30 pagi ibu mereka terus membawa anaknya ke Klinik Kesihatan Malau dan ke Hospital Kulim untuk rawatan,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Beliau berkata, hasil pemeriksaan pegawai perubatan Hospital Kulim mendapati kedua-dua mangsa berada dalam keadaan kritikal.

“Pada jam 7.30 malam kedua-dua mangsa telah dibawa ke Hospital Besar Pulau Pinang untuk rawatan lanjut,” katanya.

Mohd Azizul berkata, siasatan lanjut masih diteruskan mengikut Seksyen 31 (1) (a) Akta 611 dan Seksyen Sek 284 Kanun Keseksaan.

Related Posts

Lelaki dipenjara 10 bulan miliki 600 liter petrol tanpa permit

SEMPORNA – Seorang lelaki dipenjara 10 bulan selepas gagal membayar denda RM15,000 yang diputuskan oleh Mahkamah Sesyen Tawau pada Rabu akibat memiliki 600 liter petrol tanpa permit. Ketua Cawangan KPDN…

Lebih lanjut

teruskan membaca
346 sampel sayur dikesan langgar had residu racun perosak sepanjang RMKe-12

KOTA KINABALU – Sebanyak 346 daripada 2,349 sampel sayur-sayuran tanah tinggi dan tanah rendah yang dianalisis sepanjang tempoh Rancangan Malaysia Kedua Belas (RMKe-12) didapati melanggar had maksimum residu racun perosak…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PN perlu jawab isu tadbir urus sebelum dakwa tindakan RoS tekanan politik

PN perlu jawab isu tadbir urus sebelum dakwa tindakan RoS tekanan politik

Lelaki dipenjara 10 bulan miliki 600 liter petrol tanpa permit

  • By Fatin
  • September 24, 2026
Lelaki dipenjara 10 bulan miliki 600 liter petrol tanpa permit

346 sampel sayur dikesan langgar had residu racun perosak sepanjang RMKe-12

346 sampel sayur dikesan langgar had residu racun perosak sepanjang RMKe-12

Kes maut wanita OKU: Bapa dan anak lelaki ditahan reman

Kes maut wanita OKU: Bapa dan anak lelaki ditahan reman

Murid Tahun Empat meninggal dunia selepas digilis lori

Murid Tahun Empat meninggal dunia selepas digilis lori

‘Ketika di atas tunduk, bila di bawah bongkak’ – Peja

‘Ketika di atas tunduk, bila di bawah bongkak’ – Peja