Tambah baik bekalan air projek berterusan, bukan sebab PRK

NIBONG TEBAL –  Semua projek infrastruktur bagi menambah baik pembekalan air di daerah Seberang Perai Selatan (SPS) adalah projek yang dijalankan secara berterusan, bukan hanya disebabkan musim pilihan raya.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow berkata, kerajaan negeri perlu menjawab mengenai isu air itu memandangkan ia digunakan oleh lawan sebagai modal kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Bakap.

Menurut beliau, setiap projek yang dilaksanakan kerajaan negeri memerlukan perancangan teliti dan mengambil masa sehingga beberapa tahun untuk disiapkan.

“Isu bekalan air di kawasan SPS terutama Sungai Bakap bukan berlaku secara tiba-tiba, sebaliknya masalah ini dihadapi penduduk sejak beberapa tahun lalu.

“Sebab itu, kalau kita lihat ada projek yang kita rancang berjaya disiapkan pada tahun lepas dan tahun ini, (ia) tidak ada kena-mengena dengan PRK Sungai Bakap yang sedang berlangsung,’’ katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Agung Tahunan Perbadanan Bekalan Air Holdings Bhd. (PBAHB) di Pulau Pinang hari ini.

Dalam pada itu, Kon Yeow berkata, pelaksanaan pelbagai projek infrastruktur tersebut juga membuktikan keprihatinan Kerajaan Negeri terhadap masalah air yang dihadapi penduduk di SPS terutama di Sungai Bakap sejak beberapa tahun lalu.

“Projek-projek ini telah siap mengikut jadual yang ditetapkan dan ini membuktikan kerajaan negeri tidak lepas tangan terhadap masalah dihadapi penduduk di daerah SPS.

“Pada masa ini juga, kami sedang memantau keadaan dengan lebih dekat dan setakat ini kami tidak menerima banyak aduan mengenai masalah bekalan air sepanjang tempoh kempen,” katanya.

Sebagai rekod, pada 2023 dan suku pertama tahun ini, Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) menyiapkan beberapa projek strategik membabitkan peruntukan keseluruhan berjumlah RM33.72 juta.

Antara projek strategik utama yang telah disiapkan adalah modul rawatan air DAF di Loji Rawatan Air (LRA) Bukit Panchor untuk meningkatkan bekalan air sebanyak 10 juta liter sehari (JLH) di SPS

Related Posts

Wanita PKR desak 6 ahli Parlimen keluar parti atau berdepan tindakan disiplin

KUALA LUMPUR – Wanita PKR mendesak enam ahli Parlimen parti itu menghentikan segera sebarang gerakan politik yang disifatkan sebagai ‘bermain dua kolam’ atau berdepan tindakan disiplin tegas. Dalam kenyataan hari…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Wanita PKR desak 6 ahli Parlimen keluar parti atau berdepan tindakan disiplin

Wanita PKR desak 6 ahli Parlimen keluar parti atau berdepan tindakan disiplin

Ini bukan soal politik semata-mata

Ini bukan soal politik semata-mata

TTM sasar pengiktirafan konservasi marin IUCN Green List

TTM sasar pengiktirafan konservasi marin IUCN Green List

Dua warga Indonesia tinggal lebih masa ditahan imigresen Perlis

Dua warga Indonesia tinggal lebih masa ditahan imigresen Perlis

Premis tanpa lesen simpan 1.2 tan tepung gandum diserbu

Premis tanpa lesen simpan 1.2 tan tepung gandum diserbu

Parti baharu kerana terdesak? PKR Johor persoal agenda politik Rafizi

Parti baharu kerana terdesak? PKR Johor persoal agenda politik Rafizi