2,000 usahawan Perlis terima peruntukan MARA RM20 juta

KANGAR – Seramai 2,000 usahawan di Perlis menerima manfaat besar apabila Majlis Amanah Rakyat (MARA) menyalurkan peruntukan sebanyak RM20 juta sepanjang tahun ini.

Inisiatif itu bukan sahaja membantu mengembangkan perusahaan kecil dan sederhana (PKS), malah berjaya mewujudkan 3,500 peluang pekerjaan baharu di negeri ini.

Jumlah jualan usahawan yang dibimbing MARA juga mencatatkan impak besar dengan nilai keseluruhan mencecah RM51.5 juta setakat 2025.

Ketua Pengarah MARA, Datuk Zulfikri Osman berkata, sokongan tersebut membuktikan komitmen berterusan agensi itu dalam memperkasakan usahawan tempatan, khasnya golongan Bumiputera.

“Negeri Perlis ini kalau kita lihat dari segi potensi untuk pembangunan keusahawanan dan perniagaan memang kita ada banyak ruang.

“Dengan adanya projek Chuping Valley Industrial Area (CVIA) dan pembangunan Perlis Inland Port (PIP), saya minta usahawan melihat peluang ini lebih awal,” katanya ketika ditemui selepas Himpunan Usahawan Perlis 2025 di Hotel Seri Malaysia, di sini.

Beliau berkata, MARA mempunyai ekosistem paling lengkap dalam pembangunan usahawan meliputi pembangunan modal insan, fasiliti sokongan, khidmat nasihat, lot premis perniagaan serta kemudahan kilang.

“MARA adalah satu-satunya agensi kerajaan yang menyediakan ekosistem menyeluruh untuk bantu usahawan di Perlis. Kita mahu mereka bekerjasama dengan agensi kerajaan supaya dapat melangkah ke tahap lebih baik dalam perniagaan dan ekonomi,” jelasnya.

Himpunan Usahawan Perlis 2025 menghimpunkan lebih 350 peserta dengan penglibatan pelbagai agensi kerajaan dan bukan kerajaan.

Program itu turut menampilkan sesi Bicara Naratif oleh Ketua Pengarah MARA serta Bless Talk bertajuk “Hub Logistik Wilayah Utara: Adakah Perlis Bersedia?” bersama wakil NCIA dan penggiat industri.

Melalui program ini, usahawan Perlis berpeluang memperluaskan pasaran produk, membina rangkaian perniagaan bersama industri serta memperkukuh komuniti usahawan yang lebih berdaya saing dan berkemahiran.

Related Posts

Kg Bahagia digazet, buka laluan kepada pembangunan lebih sistematik

SANDAKAN – Kerajaan akan mempertingkat usaha pembangunan serta penempatan semula penduduk di Kampung (Kg) Bahagia susulan tragedi kebakaran besar yang memusnahkan ratusan rumah di kawasan berkenaan, awal pagi Ahad. Ahli…

Lebih lanjut

teruskan membaca
3 maut ditembak dalam restoran

KOTA TINGGI – Tiga individu maut selepas ditembak dalam satu kejadian di sebuah restoran sekitar bandar ini pada jam kira-kira 1.30 tengah hari tadi. Ketua Polis Johor, Datuk Ab Rahaman…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kg Bahagia digazet, buka laluan kepada pembangunan lebih sistematik

Kg Bahagia digazet, buka laluan kepada pembangunan lebih sistematik

3 maut ditembak dalam restoran

3 maut ditembak dalam restoran

PRU16: Harapan Rakyat kerjasama, pastikan kemenangan GRS

PRU16: Harapan Rakyat kerjasama, pastikan kemenangan GRS

Kebakaran Sandakan: 1,000 rumah terjejas, lebih 9,000 penduduk terlibat

Kebakaran Sandakan: 1,000 rumah terjejas, lebih 9,000 penduduk terlibat

Lelaki tempatan ditahan positif dadah dalam Operasi Khas di Roban

Lelaki tempatan ditahan positif dadah dalam Operasi Khas di Roban

UMNO Jerantut yakin mampu cabar pembangkang dalam PRU16

UMNO Jerantut yakin mampu cabar pembangkang dalam PRU16